Saturday, January 26, 2013

Malam Ahad Mari berjimba!

Assalamualaikum :))

Amaran
Ini adalah entri random yang ditaip oleh penulis berdasarkan apa yang dimainkan oleh pita minda penulis. Sebarang persamaan adalah tidak disengajakan berikutan ketiadaan skrip dan stratergi dalam penulisan. Sekian.

Cuti final sem dah sudah sampai ke pertengahan.

Biasanya awal-awal cuti kemain eksaited nak balik packing barang seminggu awal. Beli tiket macam dah takde hari esok even esoknya baru first paper. Servis motor kereta, kereta sorong macam nak round satu dunia lagaknya. Itu simpton biasa masa awal2 nak balik cuti.

Bila dah sampai rumah, aku tak tau la orang lain, top xtvt yang bermain di minda adalah. indoor activity. ikut tahap lasak tak lasak la. apa aktivitinya? berenang atas katil gaya bebas, kuak lentang kupu-kupu, rama-rama, kura-kura semua keluar. penat wuh siapkan projek tak tidur malam. dan kebiasaannya niat awal nak lempiaskan penat, seharian tidur. lama2 dah jadi habit tidur macam tak ingat dunia. rosak2. yeah, aku cuba nak bangun awal, nasib ada siren pagi2 kejut subuh. kalau tak alamat terlajak perahu boleh diundur, terlajak masa merana padan muka.

Cuti lama-lama takde keja pun lemau juga. Nak keluar short pulak fulus, nak buat outdoor, kena sekat hak kebebasan. waduh, gawat gini.

Dan pabila sampai akhir masa cuti berakhir. Masa ni baru nak menyesali kenapa aku tak buat ini, kenapa tak buat itu. Ceh, typical sungguh mindset..Eh, tiba2 teringat.

Masa kat dunia, punyala banyak masa nak buat kebaikan. tapi dok lengah-lengah macam kita sendiri yang rancang bila expired date kita sendiri. (ouch) wake up! umur dah nak masuk 21 tapi jimba lebih macam umur 5 tahun. Cuba bayangkan dalam kubur kita merayu kat Tuhan supaya dibangkitkan sebab nak beribadah 24/7. Masa tu tak akan ada dah. Masa tu baru sedar, hidup kita ni. limited edition. seram babe. Nau'zubillah.(35:37)

Pendapat aku sendiri la, Islam kat Malaysia dah macam kelabu. ada hitam putih, cuma tak dapat beza sebab dah bercampur. haq dengan batil orang letak dalam botol goncang kasi sebati dan telan macam takde apa. Tak caye, tengok life sendiri pun dah cukup. Banyak sungguh. sungguh banyak.

Kemukan kepada mereka perumpamaan: Kehidupan dunia ini samalah seperti air yang Kami turunkan dari langit, lalu bercampurbaurlah tanaman di bumi antara satu dengan lain (dan berkembang subur) disebabkan air itu; kemudian ia menjadi kering hancur ditiup angin. (Ingatlah) Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.(18:45)

Nampak tak permainannye kat situ, Tuhan dah kasi hint bulat2 kat situ. Kasih Sayang Tuhan, Rahmat Tuhan Maha Luas meliputi langit dan bumiNya. Kita hamba kerdil lagi hina menumpang dan bila2 boleh ditarik nikmat hidup nyawa yang kita bangga dengan kemewahan yang sangat sedikit. Istighfar.

Malam Ahad mari berjimba dengan Tuhan. eheh.