Saturday, September 8, 2012

maryamah karpov


untuk mendapat lebih mafhum. sini

Assalamualaikum :)

lompatan mengejut ke tajuk post.

secara ofisialnya, novel maryamah karpov telah berjaya aku habisi semalam setelah berjuang bermati-matian menunda tarikh pemulangan buku.

pada awal cerita, penulis banyak mengisahkan setting masa tempat dan keadaan, cerita surat kenaikan pangkat yang tersalah kirim, cerita bagaimana Ikal menghadapi korban kejahatan yang mengerikan.(tersalah kena sunat yaw~), cerita Ikal berjaya meyakinkan profesor tentang struktur industri telekomunikasi dan kalimat-kalimat matematik dari tesisnya..dan banyak lagi

perjalanan nak menghabiskan novel ni. parah. sebab banyak sangat adventure. bukan dalam hutan, tapi watak dalam novel yang terlalu ramai dan masing2 punyai karakter, gelaran dan cerita tersendiri. rasa macam terlalu rugi untuk melepaskan setiap karakter.

paling best bila Ikal dapat buat perahu hasil dari tangan dan bantuan sahabat2 laskar pelangi. Mimpi-mimpi Lintang adalah nama perahu hasil ide Lintang aka Isaac Newton. Semart2. susah nak describe intipati sebenar novel ni melainkan dapat pegang, baca dan hayati sendiri

'maryamah karpov'

p/s: I'm still wondering kenapa tajuk novel ni maryamah karpov, sebab takde cerita ttg maryamah pun melainkan pada novel berikutnya, padang bulan.

Friday, September 7, 2012

for this 1/3 of year story

Assalamualaikum :D

suddenly rasa happy then teringat mate yang kalau nak tunjukkan rasa geli hati dia akan taip

'KAH!KAH!KAH!'

yah, kind of epic dan classic bagi aku instead of 'hahaha' yang hambar dan sinis. ke?

kahkahkah, again.

kesudahan bagi tahun satu biasanya akan diakhiri cuti 3bulan yang menggemukkan badan dan mengempiskan dompet. oh. no! lain pula nasib bagi kami student utm 1SRSI. shortsem! shortsem yang penuh dengan kayu kayan, styrofoam bersepah-sepahan, perspek bersusun kat dinding, spray-spray berlinangan, mesin-misan, model-model lama yang perh! mcm real. that's our 'cuti' 3bulan.

dalam pendaftaran semester pendek list 2 subjek,

1#design lab

2#amali worksyop

tapi mak kabo kan kaw~kelas beterabur keliling kampus. masuk lagi kelas gegas a.k.a kikis besi sampai rata, pergh, berpusing tangan nak sudahkannya. heh! cerita nak joyah en. tapi cool je. pressure is our partner, cannot live without 'em. *cakap sambil angkat kening*

me, baru lepas balik dari national art gallery atau orang melayu kata balai seni lukis. homai! ada ekhb pasal kartun sebenar: era perintis ke era pluralis karya R. Hamzah . Rejabhad . Rizalman . Lat . Hassan Muthalib . Mishar . Jaafar Taib . Zainal Buang Hussein . Nan . Ujang . Aei . Gayour . Cabai . Kerengge . Don . Fatah . Zoy . Miki . Juragan . Reggie Lee . Rossem . Tazidi. huh ramai. yang paling aku suka karya Aei ngan Tazidi, sebab cara dia main dengan kaler, cara dia tarik berus, cara dia kontrol line dapat form yg ringkas tapi padat, heaven!!

aku rasa macam nak tekeluar saliva time tu. huh panjang puji...aku takdapat royalti pun. realiti. aku rasa macam tu. go, search pasal diorang. great talents :)

sambung pada buku. jeng jeng! novel wajib baca. adaptasi dari kisah benar. yang best sebab sistem pondok madani yang sumpah osem! cara didikan dan tarbiyah dia bagi kat student macam perh! nak tau lagi lanjut go searh wiki negeri 5 menara. oh, sekarang da main movie. bukan setakat novel translate ke bahasa melayu dan inggeris shj. sini website negeri5menara.com


then sekarang tengah gila kumpul baca tetralogi laskar pelangi by andrea hirata. bahasa. lucu. simple. sinis, tambah2 andrea hirata macam muka busu kat kampung. hewhew~

taktak. andrea hirata you're the best writer. ni pun takdapat royalti. 1#laskar pelangi, 2#sang pemipi, 3# edensor, 4#maryamah karpov. sambungan , padang bulan dan cinta di dalam gelas. pieces of art from heaven!

tahun 2 to go! am I ready? ready tak ready redah jugak. gunapakai tagline tahun lepas. "susah pon buat jugak". i just remembered 1 quote from syupersyenior,

"THE GREATEST INSPIRATION IS A DEADLINE"

amikau. betul sikit2 la. sebab The Almighty Allah la sumber inspiration memang tak boleh sangkal. subhanallah, alhamdulillah, lailahaillallah. allahuakbar.

dapat studio baru dekat kampus, kerusi masih berplastik, meja besar sedepa, cubicle tinggi berdepa2. masyuk, belajar kena kuat lagi ni!

p/s: kenapa rasa mcm nak jadi animator?