Saturday, January 28, 2012

sia-sia

Assalamualaikum :)

huwarrgghh!!. aq dah try the best untuk semua ni. aku rasa macam buat kerja sia-sia. aku try cari solusi sukses. tapi. hampa. aku kena pukul balik dengan persoalan.

apa lagi yang kurang?kalau kurang tunjukkan mana yang berlubang. bukan senyap je. kalau tak aku..aku akan assume semua tu betul.

aku rasa macam buat kerja dengan susah payah hanya untuk mendapatkan..nothing.


p/s: luahan hati kanak-kanak dewasa pramatang.

Friday, January 27, 2012

#1 cuba hadam

Assalamualaikum :) al-kahfi jangan lupa

kopisusu. 3:35 a.m

.

Assalamualaikum :) *lepas tgk video anwar hadi lagi semangat nak bagi salam :))

cuti kali ni buat aku bertambah bingung dan runsing dengan cara aku jalani rutin harian.

kenapa beb?

takde matlamat. bak kata orang besar, takde pekdahnya.

aku taknak mencari ke atau aku memang lost sekarang?

*clueless*

Thursday, January 26, 2012

sigh*

assalamualaikum :')

*taip sambil kesat air mata*
drama gila!

rasa macam nak makan big apple!! result dah keluar walau secara tak ofisial nya.

id dapat b. bukan b je. b-  ......-

*ketuk kepala sendiri*

what you did, you get back. kau nak meratap kat sapa? dah yang tu yang kau buat. menyesal ke?

*termenung*

feeling down
toksah nak pikir sgtla kan. next sem, bila jumpa id, ko pancung kepala dia! kasi lunyai itu subjek. lembik-lembik sampai dapat A+!!

tapi-tapi...senior kata susah nak score..

ahhh, persetankan itu semua!!! asal kau usaha dgn gigih dan jitu. insyaAllah. bukan janji aku. tapi janji Dia.

cakap senangla wei.bukan ada solid requirement pun. exam pun takde. based on subjective judgement ada la..

budak ni!! lect penentu result kaw ke? lect penentu masa depan kaw ke? habaq mai, ce try tanya kat lect hang tu, esok dia bangun pukul bape? takpun bahasa kasar, esok dia hidup lagi dak? kalau tak kena lempang, kena sepak sikit je ngan lect hang sebab kuang hajar sgt. maksudnya, setiap detik yang berlaku bukan di tangan lect hang. tapi kat tangan Dia. Dia yang Maha Berkuasa. Allahu Rabb. penentu segala-galanya.

*termenung panjang*

product design-(sos)

astaghfirullahal a'zim.

kita pilih sendiri

Assalamualaikum :)

hari ni aku rajin.bukti? aku post 2 entri! susah nak post entri bila dah besar2 macam ni. banyak lagi perkara nak kena pkir.#bajet macam dah besar sangat :P

diberi pilihan antara syurga dan neraka. mana yang anda pilih? zahirnya. makna yang tersurat. senang dilihat dan difahami. tentulah syurga menjadi pilihan hati. syurga yang indah. sering diceritakan bahawa keindahannya tidak dapat digambarkan oleh manusia. kesenangan. kebahagiaan. semua terletak di syurga. kenapa tak pilih neraka? tergambar kesakitan.keperitan.kepayahan.kepedihan..soalan yang mudah.
cabaran. perlu kekuatan

sebab ianya nyata.

diberi pilihan antara senang dan susah. pasti ramai mahu yang senang. kerana ianya mudah. dan bukan yang susah kerana ianya sukar. titik tengahnya bermula di sini. bagaimana pula jika yang mudah dan senang itu pengakhirannya neraka? dan bagaimana pula jika yang susah dan sukar itu pengakhirannya syurga?

dah sah2 pilih susah. sebab nanti dapat syurga. kan?

*pause*

itu kalau nampak jalan akhirnya. kalau kabur? kelabu? berkabus? atau dinding solid tutup akhir cerita? taktau mana jalan yang sebenar? lalalala. pandang ke dunia luar......pandang balik ke skrin monitor anda.

sebab tu ramai pilih destinasi kabur.kelabu. sebab peta ke destinasi terakhir hilang. hayut ditelan dunia.

*stop*

kita sedar. tapi tak buat.
kita sedar. tapi malas nak buat.
kita sedar. tapi buat-buat malas nak buat.

atau sebenarnya. jalan dah sedia nampak.tapi..

buat-buat tak nampak.

atau sebenarnya nampak. tapi..

buat-buat tak sedar..

banyak lagi kaw kena topup. banyak lagi..

perjalanan mencari siapa-(paste)

p/s: nota untuk diri sendiri.
*berjalan tanpa henti -devotees.


cerita cuti aku macamni.

Assalamualaikum :)

cuti sangat seronok kalau ada plan yang gempak. boleh jugak jadi bosan bila hanya duduk atas katil sambil pandang dinding putih.

dengan itu, untuk elakkan dari terlalu bosan, aku melompat dan terbang ke backpack~backpack(lagutemadoratheexplorer) dan keluarkan sketchpad,pemadam dan dan dan pensel zebra knock buatan jepun yang kucintai! lalalala~ dengan gagah aku keluar dan cari subjek untuk aku sumbat dalam sketchpad aku.

toleh kiri, rak kasut. toleh kanan, dinding putih...arghhh!!*sebab phobia dengan dinding putih. arghh!!..
tiba-tiba nampak kelibat hitam,,badan aku menggigil-gigil. apa tu?jengjengjeng..meow~meow~ oh. hitam rupanya.

got it! aku jadikan hitam sebagai subjek untuk petang yang damai ni. elok2 je aku duduk atas tembok, hitam pun landing atas lantai. huh, model berbakat betul!.

*sketch*sketch*sketch*draw*draw* tiba2..gedegang! gedegang! gedegang!
budak2 langgar pintu besi. bunyi dia. BISING GILA!!...sabar2. ahh, sudah! hitam da tukar posisi lain pulak. *lukiscepat*lukiscepat* dia tukar lagi! *lukislagi*lukislagi*

GEDEGANG!! ........hitam dah lari..

budak2 zaman sekarang .grrr

aku melompat dari tembok. terbang menuju ke katil. dinding putih je baik. senyap dan jadi peneman setia cuti aku.

tamat.