Thursday, November 15, 2012

ya, kita kena behave!

welcome Friday with barakah fiha.

Assalamualaikum kawan-kawan, mari baca Quran, lalala, da tak ingat lirik.

masa kecik-kecik dulu mak pak hampa ada tak cakap,

"pi buat kerja sekolah dulu, baru boleh p main"

atau

"kalau hampa puasa penuh, opah bagi seploh hiinggit"

tidakpun

"tolong cabut bulu ketiak abah ni, nanti abah bawak g jalan-jalan"

or ghairiha dan sama waktu dengannya.

ada ke tidak? ada ke tidak?~ for me yes, ada dan selalu kut, you need to do something useful for you or someone else then you get the reward/s. 

kat rumah pun selalu jugak dengan adik-beradik, "basuhkan pinggan yang mak suruh aku tadi, nanti Allah bagi pahala". haha, yang Allah bagi pahala tu aku tambah.

apa yang aku nak highlightkan kat sini, paten dia sangat jelas, like ' You behave, and I'll give you rewards'.
mudah dan simple kak bedah oii. 

Victory is not the property of brilliants.
It is the crown for those who bow themselves in front of a hard work and have confidence. cc: a

Allah dah tunjuk mana jalan kebaikan mana jalan kefasikan, tinggal kita je nak decide mana satu jalan yang kita nak ambik. kan?

 
#110

Katakanlah (wahai Muhammad) : " Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal yang salih dan janganlah dia mempersekutukan sesiapa pun dalam beribadah kepada Tuhannya." (al-kahf)

Sunday, November 11, 2012

and..

and he said, I am the rebellious one. I didn't look into it. I just took that for the sake of time

(add-on, by me :p).

and it is bothering me. for now. because I think, he's right...but only on the point that he said I put so much

myself into it. I didnt do research on the ground. blame me on, I took so many assumption. but, but..the most

important part is, he praised me on the concept generation. at least I'm not going out with watery-crystal-

clear on my eyes.. I hope never.

cc: 1stproject 2ndyear. google too
salam.

Sunday, September 16, 2012

si tahi lalat yang hensem



chibi



mak : pergilah bersiar2, asyik duduk kat rumah aje

chibi : penatlah banyak bergerak..

mak : tulah, dah suruh exercise banyak2 taknak buat, kan dah macam sotong

*mak dah menghina keluarga sotong*
(O.0)



Saturday, September 8, 2012

maryamah karpov


untuk mendapat lebih mafhum. sini

Assalamualaikum :)

lompatan mengejut ke tajuk post.

secara ofisialnya, novel maryamah karpov telah berjaya aku habisi semalam setelah berjuang bermati-matian menunda tarikh pemulangan buku.

pada awal cerita, penulis banyak mengisahkan setting masa tempat dan keadaan, cerita surat kenaikan pangkat yang tersalah kirim, cerita bagaimana Ikal menghadapi korban kejahatan yang mengerikan.(tersalah kena sunat yaw~), cerita Ikal berjaya meyakinkan profesor tentang struktur industri telekomunikasi dan kalimat-kalimat matematik dari tesisnya..dan banyak lagi

perjalanan nak menghabiskan novel ni. parah. sebab banyak sangat adventure. bukan dalam hutan, tapi watak dalam novel yang terlalu ramai dan masing2 punyai karakter, gelaran dan cerita tersendiri. rasa macam terlalu rugi untuk melepaskan setiap karakter.

paling best bila Ikal dapat buat perahu hasil dari tangan dan bantuan sahabat2 laskar pelangi. Mimpi-mimpi Lintang adalah nama perahu hasil ide Lintang aka Isaac Newton. Semart2. susah nak describe intipati sebenar novel ni melainkan dapat pegang, baca dan hayati sendiri

'maryamah karpov'

p/s: I'm still wondering kenapa tajuk novel ni maryamah karpov, sebab takde cerita ttg maryamah pun melainkan pada novel berikutnya, padang bulan.

Friday, September 7, 2012

for this 1/3 of year story

Assalamualaikum :D

suddenly rasa happy then teringat mate yang kalau nak tunjukkan rasa geli hati dia akan taip

'KAH!KAH!KAH!'

yah, kind of epic dan classic bagi aku instead of 'hahaha' yang hambar dan sinis. ke?

kahkahkah, again.

kesudahan bagi tahun satu biasanya akan diakhiri cuti 3bulan yang menggemukkan badan dan mengempiskan dompet. oh. no! lain pula nasib bagi kami student utm 1SRSI. shortsem! shortsem yang penuh dengan kayu kayan, styrofoam bersepah-sepahan, perspek bersusun kat dinding, spray-spray berlinangan, mesin-misan, model-model lama yang perh! mcm real. that's our 'cuti' 3bulan.

dalam pendaftaran semester pendek list 2 subjek,

1#design lab

2#amali worksyop

tapi mak kabo kan kaw~kelas beterabur keliling kampus. masuk lagi kelas gegas a.k.a kikis besi sampai rata, pergh, berpusing tangan nak sudahkannya. heh! cerita nak joyah en. tapi cool je. pressure is our partner, cannot live without 'em. *cakap sambil angkat kening*

me, baru lepas balik dari national art gallery atau orang melayu kata balai seni lukis. homai! ada ekhb pasal kartun sebenar: era perintis ke era pluralis karya R. Hamzah . Rejabhad . Rizalman . Lat . Hassan Muthalib . Mishar . Jaafar Taib . Zainal Buang Hussein . Nan . Ujang . Aei . Gayour . Cabai . Kerengge . Don . Fatah . Zoy . Miki . Juragan . Reggie Lee . Rossem . Tazidi. huh ramai. yang paling aku suka karya Aei ngan Tazidi, sebab cara dia main dengan kaler, cara dia tarik berus, cara dia kontrol line dapat form yg ringkas tapi padat, heaven!!

aku rasa macam nak tekeluar saliva time tu. huh panjang puji...aku takdapat royalti pun. realiti. aku rasa macam tu. go, search pasal diorang. great talents :)

sambung pada buku. jeng jeng! novel wajib baca. adaptasi dari kisah benar. yang best sebab sistem pondok madani yang sumpah osem! cara didikan dan tarbiyah dia bagi kat student macam perh! nak tau lagi lanjut go searh wiki negeri 5 menara. oh, sekarang da main movie. bukan setakat novel translate ke bahasa melayu dan inggeris shj. sini website negeri5menara.com


then sekarang tengah gila kumpul baca tetralogi laskar pelangi by andrea hirata. bahasa. lucu. simple. sinis, tambah2 andrea hirata macam muka busu kat kampung. hewhew~

taktak. andrea hirata you're the best writer. ni pun takdapat royalti. 1#laskar pelangi, 2#sang pemipi, 3# edensor, 4#maryamah karpov. sambungan , padang bulan dan cinta di dalam gelas. pieces of art from heaven!

tahun 2 to go! am I ready? ready tak ready redah jugak. gunapakai tagline tahun lepas. "susah pon buat jugak". i just remembered 1 quote from syupersyenior,

"THE GREATEST INSPIRATION IS A DEADLINE"

amikau. betul sikit2 la. sebab The Almighty Allah la sumber inspiration memang tak boleh sangkal. subhanallah, alhamdulillah, lailahaillallah. allahuakbar.

dapat studio baru dekat kampus, kerusi masih berplastik, meja besar sedepa, cubicle tinggi berdepa2. masyuk, belajar kena kuat lagi ni!

p/s: kenapa rasa mcm nak jadi animator?

Friday, July 27, 2012

puding honeydew bukan title sebenar.

Assalamualaikum! :D Lovely fajr~

A very warm welcome to my beloved reader. yeah, reader without 's'. Which is me. :D Whos always supporting me and be with me in hard die experiences and vice versa.

While waiting for nasi menjadi bubur..what? I really mean it, I am cooking for my sahur reader. continue, aish, berbelit jari mak bedah taip omputih nih. Serius mar, serius. Got it.
______________________________________________________

Semalam lepas iftar, gua ada borak-borak dengan membe gua yang gila main game kat pesbuk. Membe gua gila main sampai susah nak benti, umpama dah mengaji sekali susah mau benti selayaknya. Aiwah, perli baik punya~

Start dari topik gamers, sampai pencipta game gua ngan membe gua sembang. Habis gosip gua cakap,

" Elok gak ko main game, dari situ ko dapat tau apa yang membuatkan game tu attract ppl utk terus main game tu, ko boleh apply dalam design nanti. "

sporting tak gua? positif baik takmo kalah an. hah

then, membe gua balas, " tulah, tunggu sem depan ar baru pikir, sekarang baru start bengkel"

gua tak puas hati, gua cuba cari ayat. slow2 gua plak sambung, " cakap pasal tunggu sem depan mebuatkan aku teringat hal how to raise your kids being not even just a human but also a good muslim"

membe gua sambung plak, " ya wey, didik anak bukan dari anak kita lahir, tapi 20 tahun dari anak kita lahir" which means peribadi parents tu sendiri kena cantik luar cantik dalam cantik sana sini, kalau tak cantik gua masih mahu cubit. eh

membe lain masuk line, "jum2, kita join competition pegi milan!" semangat menyala, bahang bilik gua masa tu dengan spirit gua ngan membe2 gua.
_________________________________________________

"oh, kemanisan ukhuwah bro!"......"bukan kau, makanan" om nom nom

salam ramadhan kareem!

buat baik senang bro, istiqomah buat baik macam tarik batu besar naik gunung kinabalu.

bumi Tuhan ni luas, cara yang Tuhan tunjukkan untuk buat baik maha luas. Tinggal kita, sama ada mahu gerakkan hati kita atau tunggu sampai hati kita digerakkan.


osemly cik Atiqah Azmi's workpiece




p/s : any idea for kad raya concept this year? vintage he?

p/s/s : wa dapat dekan sem ni wa cakap lu, apalagi, compete la!

Thursday, July 12, 2012

wrap up last sem.

Assalamualaikum :D

Blog usang lagi bersawang, sounds familiar. *pandang kiri kanan*.

itu blog aku..(T.T). From now on insyaAllah tak lagi. myb?

Last hupdate feb 6, 12. dan sekarang julai 13, 12. kira sendiri berapa lama. Mana tak usang lagi bersawang.

startled. apa aku nak tulis lagi ni? almaklumla dah lama tak sentuh keypad. #penipuan.

hoyeah, sem 2 tahun 1 dah lama berakhir dan result keluar 27 Julai 2012. sebelum itu, senarai tampal dah keluar, dan, dan, dan..resultnya. alhamdulillah, better than yesterday. means, lebih molek dari sem 1 tahun 1. :D. zipped mouth. frozen tounge. alhamdulillah. sujud syukur dulu baru melompat buat2 capai rama-rama. :P

I have nothing to share. except those assignments yang kena hantar guna softcopy.

first, Design History punya assgmnt. Cik Kamal (Lect.) telah memberi tugasan untuk membuat poster personaliti diri titew sendiwi. Aku telah termenung dan terkesima dalam masa 2 hari kerana terkejut sebab taktau nak sembur cat warna apa atas kertas A3. kenapa A3? oh, itu kerana kami perlu menghantar dalam format A3. Dah bermacam cara aku mencuba untuk mencari idea, dan setelah bersengkang mata bermain aci sembunyi dengan adobe photoshop, maka terhasillah karya cipisan ini.

Ramai orang tanya, apa maksud disebalik gambar perempuan tudung terbang2 dengan selendang biru luntur ni? terkesima lagi. Nanti titew tanya tangan titew kenapa diowang lukis macam ni ek? ek? really. I don't have the answer.

Next, i.dESIGN subject. hardcore subject. bahasa melayu pekatnya reka bentuk industri. Kami student hingusan id telah diberi 2 projek. 1st, serap element nature ke dalam windchime.ala, windchime yang rod2 besi ringan yang bergantungan dan apabila angin bertiup sepoi2 akan berlaku collision dan menghasilkan momentum yang mengeluarkan bunyi..kling2.kling2..

dalam projek ini titew dengan gemilangnye telah memilih gajah sebagai subjek untuk dimasukkan elemennya ke dalam windchime. gambar tarak. ada sketches gajah je.


2nd subjek adalah rubbish receptacle. Kawasan kajian adalah di entrance, pintu besar utama Suria Mentari KLCC. gamba tarak jugak. mock-up punya projek tarak jugak. segan sebab tak lawo.

#stomachache

part1. completed succes.

P/S: thanx to you. my catalyst for continue blogging. :)

P/S/S: angin sgt kuat di setapak jaya. assalamualaikum. and, morning :D



Monday, February 6, 2012

post gatal

Assalamualaikum :)

_______________________________________________________________________________
*lompatan mengejut terus ke main point*

kau sakit? cari ubat sendiri. kau derita? gembirakan diri sendiri.


*******
(dalam minda kanak2 dewasa penulis )

status hati sekarang. kacau bilau.huru-hara. seumpama hilang tujuan.
detektif minda masih mencari klu penyebab berlaku konflik dalaman. adakah kerana faktor persekitaran atau faktor dalaman.

*detektif minda punya assumption*
2 sebab. masalah dengan Tuhan. masalah dengan manusia.

hati perlu ke klinik rohani berdekatan untuk mengambil rawatan. antara rawatan yang akan diberi :-
  1. kenali Pencipta 
  2. fahami jiwa hamba
  3. praktikal kesusahan sebagai hamba
  4. dzikir penahan sakit

bagi masalah dengan manusia. haha *detektif gelak kecil*
kalau hati dah jatuh, susah nak angkat. berat :) sabar dan banyakkan istighfar, puasa.

*******

*kurnia-nowseeheart*

Saturday, January 28, 2012

sia-sia

Assalamualaikum :)

huwarrgghh!!. aq dah try the best untuk semua ni. aku rasa macam buat kerja sia-sia. aku try cari solusi sukses. tapi. hampa. aku kena pukul balik dengan persoalan.

apa lagi yang kurang?kalau kurang tunjukkan mana yang berlubang. bukan senyap je. kalau tak aku..aku akan assume semua tu betul.

aku rasa macam buat kerja dengan susah payah hanya untuk mendapatkan..nothing.


p/s: luahan hati kanak-kanak dewasa pramatang.

Friday, January 27, 2012

#1 cuba hadam

Assalamualaikum :) al-kahfi jangan lupa

kopisusu. 3:35 a.m

.

Assalamualaikum :) *lepas tgk video anwar hadi lagi semangat nak bagi salam :))

cuti kali ni buat aku bertambah bingung dan runsing dengan cara aku jalani rutin harian.

kenapa beb?

takde matlamat. bak kata orang besar, takde pekdahnya.

aku taknak mencari ke atau aku memang lost sekarang?

*clueless*

Thursday, January 26, 2012

sigh*

assalamualaikum :')

*taip sambil kesat air mata*
drama gila!

rasa macam nak makan big apple!! result dah keluar walau secara tak ofisial nya.

id dapat b. bukan b je. b-  ......-

*ketuk kepala sendiri*

what you did, you get back. kau nak meratap kat sapa? dah yang tu yang kau buat. menyesal ke?

*termenung*

feeling down
toksah nak pikir sgtla kan. next sem, bila jumpa id, ko pancung kepala dia! kasi lunyai itu subjek. lembik-lembik sampai dapat A+!!

tapi-tapi...senior kata susah nak score..

ahhh, persetankan itu semua!!! asal kau usaha dgn gigih dan jitu. insyaAllah. bukan janji aku. tapi janji Dia.

cakap senangla wei.bukan ada solid requirement pun. exam pun takde. based on subjective judgement ada la..

budak ni!! lect penentu result kaw ke? lect penentu masa depan kaw ke? habaq mai, ce try tanya kat lect hang tu, esok dia bangun pukul bape? takpun bahasa kasar, esok dia hidup lagi dak? kalau tak kena lempang, kena sepak sikit je ngan lect hang sebab kuang hajar sgt. maksudnya, setiap detik yang berlaku bukan di tangan lect hang. tapi kat tangan Dia. Dia yang Maha Berkuasa. Allahu Rabb. penentu segala-galanya.

*termenung panjang*

product design-(sos)

astaghfirullahal a'zim.

kita pilih sendiri

Assalamualaikum :)

hari ni aku rajin.bukti? aku post 2 entri! susah nak post entri bila dah besar2 macam ni. banyak lagi perkara nak kena pkir.#bajet macam dah besar sangat :P

diberi pilihan antara syurga dan neraka. mana yang anda pilih? zahirnya. makna yang tersurat. senang dilihat dan difahami. tentulah syurga menjadi pilihan hati. syurga yang indah. sering diceritakan bahawa keindahannya tidak dapat digambarkan oleh manusia. kesenangan. kebahagiaan. semua terletak di syurga. kenapa tak pilih neraka? tergambar kesakitan.keperitan.kepayahan.kepedihan..soalan yang mudah.
cabaran. perlu kekuatan

sebab ianya nyata.

diberi pilihan antara senang dan susah. pasti ramai mahu yang senang. kerana ianya mudah. dan bukan yang susah kerana ianya sukar. titik tengahnya bermula di sini. bagaimana pula jika yang mudah dan senang itu pengakhirannya neraka? dan bagaimana pula jika yang susah dan sukar itu pengakhirannya syurga?

dah sah2 pilih susah. sebab nanti dapat syurga. kan?

*pause*

itu kalau nampak jalan akhirnya. kalau kabur? kelabu? berkabus? atau dinding solid tutup akhir cerita? taktau mana jalan yang sebenar? lalalala. pandang ke dunia luar......pandang balik ke skrin monitor anda.

sebab tu ramai pilih destinasi kabur.kelabu. sebab peta ke destinasi terakhir hilang. hayut ditelan dunia.

*stop*

kita sedar. tapi tak buat.
kita sedar. tapi malas nak buat.
kita sedar. tapi buat-buat malas nak buat.

atau sebenarnya. jalan dah sedia nampak.tapi..

buat-buat tak nampak.

atau sebenarnya nampak. tapi..

buat-buat tak sedar..

banyak lagi kaw kena topup. banyak lagi..

perjalanan mencari siapa-(paste)

p/s: nota untuk diri sendiri.
*berjalan tanpa henti -devotees.


cerita cuti aku macamni.

Assalamualaikum :)

cuti sangat seronok kalau ada plan yang gempak. boleh jugak jadi bosan bila hanya duduk atas katil sambil pandang dinding putih.

dengan itu, untuk elakkan dari terlalu bosan, aku melompat dan terbang ke backpack~backpack(lagutemadoratheexplorer) dan keluarkan sketchpad,pemadam dan dan dan pensel zebra knock buatan jepun yang kucintai! lalalala~ dengan gagah aku keluar dan cari subjek untuk aku sumbat dalam sketchpad aku.

toleh kiri, rak kasut. toleh kanan, dinding putih...arghhh!!*sebab phobia dengan dinding putih. arghh!!..
tiba-tiba nampak kelibat hitam,,badan aku menggigil-gigil. apa tu?jengjengjeng..meow~meow~ oh. hitam rupanya.

got it! aku jadikan hitam sebagai subjek untuk petang yang damai ni. elok2 je aku duduk atas tembok, hitam pun landing atas lantai. huh, model berbakat betul!.

*sketch*sketch*sketch*draw*draw* tiba2..gedegang! gedegang! gedegang!
budak2 langgar pintu besi. bunyi dia. BISING GILA!!...sabar2. ahh, sudah! hitam da tukar posisi lain pulak. *lukiscepat*lukiscepat* dia tukar lagi! *lukislagi*lukislagi*

GEDEGANG!! ........hitam dah lari..

budak2 zaman sekarang .grrr

aku melompat dari tembok. terbang menuju ke katil. dinding putih je baik. senyap dan jadi peneman setia cuti aku.

tamat.

Thursday, January 19, 2012

datang.duduk.pergi.

Assalamualaikum :)

Jam 3pagi. sunyi. gelap. duduk senyap atas kerusi. merenung laptop dengan pandangan kosong.
Neuron berkejaran. berfikir ligat. minda sibuk mengumpul soalan yang entah apa-apa.

aku cuma berfikir. apa jadi kalau Allah tarik nyawa aku tahun depan?bulan depan?minggu depan?esok? atau malam ni? mampukah aku? menangiskah aku? meraung?atau rela dengan dosa terheret di bahu kiri masuk dalam kubur hitung di akhirat kelak?

hoii, iman kau tak sempurna lagi!! berani kau berjalan dengan megah macam dunia ni kau beli dengan harta dari darah tulang rusuk sendiri. bukakla mata. buka hati buka minda, once DIA nak ambik milik DIA balik. 'jadi maka jadilah'.

teringat dialog video 'songkok dan kopiah'. "entah2 bukan minat nak sambung nyawa kau weh. tapi kesian je",
astaghfirullah.astaghfirullah.astaghfirullah

out of the blue. benda ni terlintas je. muhasabah diri yang semakin hanyut.

iklan semata-mata**benar tak bohong*

iklan#1
Assalamualaikum w.b.t

sesiapa sahaja yang berada di depan monitor.laptop.android.iphone.mahupun motherboard..
(iklan#2)motherboard?

iklan#3
ipah: akak, takle tido..
aku : tido je baca doa tido
ipah :akak, takle tido jugak
aku : tutup je mata tu..
ipah : pffff
aku :*nak suruh dodoikan la tu* :P

how's your life?great?chaos? I hope it will be great instead of negative impact, insyaAllah..
and, how's my life going? OOHHH,, that's a long subway to sea come to land and back to the earth core.
nak ceghita satu2 ada pulak yang terus shutdown lappy campak dalam lombong sebab bosan sangat.

iklan#4
grugrugrugru~ *bunyi perut sendiri*

finally##

lapar dan tak bersemangat nak share apa2 sebab lapar sangat dan perut aku dah curi oksigen dalam otak buat makanan sementara. izinkan daku mengundur diri :D

Assalamualaikum