Tuesday, October 18, 2011

jangan cepat buat kesimpulan

Assalamualaikum :)

hikhikhik. tiba-tiba rasa gembira bila dapat buat post baru. hikhikhik :D

okay, itu sengal. back to main topic.

jangan cepat buat kesimpulan..

aku ada cerita nak diceritakan, sebagai contoh kepada kalian untuk direnungkan.(macam apa je..)

masa kat matrix dulu, waktu majlis farewell bak kata orang jepun. kenalah siapkan hadiah untuk ditukarkan bersama rakan2 yang lain. siap bagi range harga lagi. ok, fine. aku pun beli lah hadiah yang agak2 kedua2 gender boleh ngam dan sesuai dan suka dengan hadiah itu.

err. aku beli apa ek?..mug kut. tak berapa ingat. standard hadiah la kan.

lalalala, dengan senang hati, aku meletakkan hadiah untuk diberi di atas meja pengumpulan hadiah2 dengan harapan dia akan gembira bila terima hadiah aku. dia bermaksud orang yang bakal menerima hadiah dariku.

ok, start. lepas hadiah2 telah ditampal nombor, ajk pun menyerahkan nombor mengikut random.

bila aku sedut nombor dari balang aku mengharap aku dapat hadiah mahal. muehehe.

dipendekkan cerita, nombor aku pun dipanggil. dan aku ambik nombor tu, dan aku bukak hadiah tu dan dan dan..!!

aku dapat ..gam, gunting dan pisau....

aku terkesima. aku kecewa. (takdela sangat sebenarnya)

selepas beberapa bulan kemudian, aku pun meninggalkan matrix..dan selama berbulanbulanlah aku membiar sepikan gam gunting dan pisau di dalam laci rumah..

teng tereng..yay! aku dapat masuk U.

assignment sangat bnyak, exercise sangat banyak dan banyak sangat.

guess what? gam gunting dan pisau itu sangatlah aku perlukan dan pada masa tu jugak aku sangat berterima kasih kepada pemberi hadiah gam gunting dan pisau tersebut walaupun aku taktau siapa :)

the end.


Aish, malu-malu pulak! ;P

yay, aku suka happy ending. kesimpulannya apa?

setiap yang berlaku pasti dan sangat pasti ada hikmahnya. cuma cepat atau lambat untuk kita menyedarinya. kan?

sambung drawing. check it out!

Assalamualaikum :)