Saturday, October 15, 2011

sentap hati anak, mak..

Assalamualaikum :))

yeay! aku di rumah.*menaip sambil tengok barbie: A fairy Secret*

huh, barbie sekarang dah bersayap pulak=.='. yeay, aku di rumah!!.*again*

eh, eh. barbie tak pandai kawal sayap baru dia! ow, mann!!gedik gila cara dia cakap~. yeay, aku kat rumah!!*again and again*

shuhh! apa klas tengok barbie.

ken ; mangsa keadaan
tadi aku tunjuk sketchbook kat mak. respon yg mak bagi.

"eh, rupanya yah dah pandai lukis lah!"
"dulu mak yang lukiskan binatang untuk yah"

then, bila ayah balik, mak kat dalam bilik bagitau ayah.

"ustaz, rupanya madya kat sana tak main-main la..blablabla..",
sarung tangan oven mak pun madya boleh design, mak bagitau je nak warna apa~

aku yang bertelinga lintah pun terkedu..kos aku ni, kos main-main ke?

(T.T) ..BSc Industrial Design. no designer no product mak (T.T)

bak kata klasmate, we design what you don't.

kami pioneer mak. sob2 lagi. kalau cenggini, tiap kali balik kena tunjuk progress kat mak la.

sebelum hantar assigment kat lect, aku nak hantar kat mak dulu. bukan apa, ambik berkat :P

p/s: hari ini sangat bahagia :))

Sunday, October 9, 2011

kesamarataan


Assalamualaikum 

Aku percaya. Setiap satu manusia ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Undeniable. Kelebihan manusia dapat membuat mereka gah. Berada di tingkat yang atas. Disanjung. Dihormati. Disayangi. Di beri keistimewaan tertentu. Indah sungguh kelebihan manusia.

Kadang-kala, kelebihan mereka membuat mereka lupa bahawa, mereka turut punya kekurangan. Kekurangan yang bisa menjerut kerusi syurga ciptaan dunia mereka. Kekurangan yang bisa membuat mereka seperti sampah kotoran jijik di jalanan.  

Adil bukan? Kelebihan di kanan, kekurangan di sebelah sisi kanan.

Namun, aku pelik. Sungguh hairan. Mengapa wujud manusia yang berdiri megah, menunjal telunjuk mereka ke dahi manusia  lain. Seumpama merekalah Tuhan yang tidak punya kekurangan untuk diperbaiki. Bangga berkata itu ini. 

mister kaiyul, gambar pinjam. credit goes to him :)
Nahi kiya karo. Bukan menegur itu salah niatnya tapi caranya. Menegur dengan menghumban jiwa mereka ke lembah nista?menabur cerita di lautan manusia? Begitu?

Aku juga manusia, bukan sempurna hanya biasa. Di mana ada kelebihan, aku kongsikan. Yang mana wujud kekurangan ajarilah mengikut zaman.