Friday, August 26, 2011

kau pergi jua


Assalamualaikum :(

kiko dah mati :(. kena 'main' dengan blacky (T.T)


Wednesday, August 24, 2011

option.

kau umpama anjing.
yang dirantai..

aku taknak jadi anjing!


Monday, August 22, 2011

for you and for me!

Assalamualaikum :)

iklan sekejap.
ipah : akak, mak panggil.
aku : kejap.
ipah : akak, mak panggil la..
aku : kejap la..
ipah : akak ni asyik dgn pesbuk je. akak taktau ke pesbuk ni tak penting pun. akak kan dah besar mestilah akak tau!
aku : (aduh, jantungku ditikam lidah tak bertulang~)

ipah darjah 3. aku? aku baru 19...

yeah, kembali ke studio! pepatah raya ada menyebut :-

"bagaimana kuih raya begitulah acuan kuih raya"
"kat mana tumpahnya kuah lodeh kalau tak dalam mangkuk ketupat"

point aku adalah jadi baik. kelak keturunan kau juga akan jadi baik. beb, cane nak jadi baik?

"maknanya tak boleh la nak practice Islam tu secara juz'ie.
secara berjuzuk-juzuk.
mana yang kita rasa nak buat kita buat.
mana yang kita rasa tak nak buat kita main redah langgar je"
_versus-hlovate_

sebab kenapa aku cakap pasal keturunan, baik, whatsoever?


berbalik kepada pepatah tadi. selalunya pepatah tersebut ditujukan kepada ibu bapa. tapi aku nak alihkan kepada the eldest dalam family. adik-beradik aku 7 orang dan aku yang ke-3. mak dan ayahku kadang-kadang sibuk dengan keje. jadi, yang adik-adik bawah aku ni mencari-cari tempat nak bermanja, tempat nak sedut kasih sayang, tempat nak belajar erti hidup.

kalaulah kakak/abang dah mula merempit, lepak2 kosong, bakar duit, cakap kasar kat mak bapak, ringan-ringan..tak mustahil adik2 akan meng'follow'. jangan pulak buat2 terkejut bila cahaya mata intan payung zuriat emas kalian akan buat balik apa yang korang buat time muda belia dulu. posibility up to 70% and above. bahaya-bahaya.

sama la juga kalau junior senior kat sekolah/campus. anda mencorakkan masa depan.


what goes around, comes around.

okay fine. cakap senang la. nak jadi baik. keturunan baik. ko pikir senang? :))
aku tak cakap berubah jadi baik seketul-seketul. sikit-sikit la der~ asal ada peningkatan. hari ini lebih baik dari semalam. berusaha untuk mencapai redha Allah.

hijrah kawan. hijrah.

ohoihoi, apa kau tu dah cukup baik nak post entry 'baik' ni?


Daripada hazrat Anas R.A beliau meriwayatkan bahawa kami berkata : “Wahai Rasulullah, adakah betul bahawa kami tidak patut menyeru manusia kepada amalan-amalan yang baik sehingga kami beramal dengan semua kebaikan, dan kami tak patut mencegah mereka daripada kemungkaran sehingga kami sendiri menjauhi kesemuanya?" Maka baginda berkata : “Bukan begitu, serulah kepada amalan-amalan yang baik walaupun kamu belum beramal dengan semuanya dan cegahlah kemungkaran walaupun kamu belum menjauhi kesemuanya,”

(Riwayat Tabrani)

when we united together

p/s: ipah ikut perangai kakak dia yang paling tua :D. lidah tajam tak bertulang.
p/s/s : kak. umi! peace(o.0)