Saturday, July 23, 2011

hikmah

for those who are still seeking His wisdom.

"dan kembalikanlah keyakinanmu kepadaNya,
redha atas ujian diberi,
pasti pelangi akan menanti,"

Friday, July 22, 2011

entri tapi-tapi


malam semakin suram. bosannya. tak rasa bosan ke?

open new tab. search google engine. type : comic. click www.mangareader.net

bosan lagi. type product design pulak. keluarlah graphic novel pasal product design kat sini

tiba-tiba rasa seram nak sambung kos ni. seram tak dapat adapt dengan dunia baru. dah biasa main calculation, formula bagai. tup-tup masuk bab designing.

memanglah aku yang apply kos tu, dan benarlah aku minat bab2 designing ni,,er, tapi-tapi..faham tak apa yang aku cuba sampaikan melalui telepati tadi,, faham tak? :P

tapi aku macam confuse sikit. tempoh belajar 3 tahun maksudnya ada 6 semester. sekejapnya..bukan maksud aku nak terperap lama-lama jadi Marilyn Vos Savant kat utm tu, tapi-tapi, macam tak make sense je, selalunya bachelor 4tahun. haha, sesedap aku je nak study bape tahun, sekali kena repeat baru tau. uh, nauzubillah.


___________________________silent___________________

yeah, I'm zipping my mouth. lupa nak bagi salam. Assalamualaikum :)



Thursday, July 21, 2011

nikmat super:)

Assalamualaikum :)

tarik nafas dalam-dalam. alhamdulillah. tenang hari ni. pandang perut. oppss, terboroi 3 inci, almaklum dapat makan pulut kuning hari ini.alhamdulillah :) subhanallah, kalau nak tengok, tiap-tiap hari dapat nikmat kan?perasan tak?perasan tak?




dalam surat cinta Dia pun banyak kali pesan, "Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?". subhanallah. kita kadang-kadang takperasan atau buat-buat takperasan.

part yang buat-buat takperasan ni memang nak kena. ok, tu aku la tu. bila dah sakit baru lah meroyan cari ubat, sebab apa? sebab nak sihat. bila da sakit baru kita tersedar, sihat tu satu dua tiga nikmat yang maha besar Allah bagi. hanya orang yang sakit je nampak nikmat tu. betulkan?

tapi sebenarnya, sakit pun satu nikmat jugak. nikmat penghapus dosa. lepas ni kalau sakit, dah boleh tersengih-sengih macam kura-kura takcukup tido. sebab sakit pun satu nikmat:)

bila kita sakit, kita ingat Allah macam ni, "O Allah, why you give such this punishment for me?"

dan bila kita sihat, kita macamni, "eh, dah azan la, kejap lagi la, nak update status fesbuk!" :))













Wednesday, July 20, 2011

take4


Assalamualaikum :) takjawab dosa:))

sungguh masa begitu cepat berlalu meninggalkan aku yang masih terkontang-kanting mengejar makna kehidupan..intro jenis apa nih?

*taip sambil pandang muka dalam cermin* aku dah besar rupanya. dah 19 tahun walau tak secara rasmi.

*kira jari* since aku tahun 5 baru aku start belajar ABC, 123,dan seterusnya.. kata banyak makna, adjektif, tanda seru, noktah,plural, singular, pecahan wajar tak wajar, bahagi ada baki takde baki, planet2, warna pelangi, playar muncung tirus, spanar, skru,tukul mata bulat, karnivor, omnivor, haiwan ada tulang belakang, takde tulang belakang blablabla.

banyak, sampai sekarang pun aku still perlu belajar, ok stop! belajar bukan semata-mata di sekolah je, even tepi longkang pun kita boleh belajar.

.."kisah Salman Al-Farisi r.a., di dalam satu musafir bersama beberapa org sahabatnya. Ketika berhenti di sebuah tasik, beliau menghampiri salah seorang drpd sahabatnya yg baru selesai meneguk air drpd tasik
itu dengan bertanya, “Adakah air yg kamu minum mengurangkan air di dalam tasik ini?”
“Sudah tentu tidak, apakah yg mampu dilakukan seorang lelaki seperti aku ini utk mengurangkan jumlah air di dlm tasik ini hanya dgn meneguknya sedikit?” balas sahabat itu tadi. Salman r.a. berkata, “Begitu jualah halnya dgn ilmu. Ambillah daripadanya setakat mana yg kamu perlukan, dan tinggalkanlah yg selebihnya.”..


tapi beb, kalau belajar je, pastu lupa macam korang belajar fekah darjah 4, korang serupa ni..


ilmu tanpa amal umpama pokok yang tidak berbuah, bukan pepatah aku, tapi pepatah arab. sayang weh, belajar banyak, tapi perangai macam ranting goyang.

p/s: selamat belajar!!

ANDREA HIRATA



Assalamualaikum :)

minggu ni perasaan bosan dah berkurangan. mungkin sebab dah sibuk fikir perancangan masa dpan kut.ekeke

back to the topic, ANDREA HIRATA!! eh, tak kenal ke?yang tulis buku LASKAR PELANGI tu!!
takpe tanya kat makcik gugel. mesti dia tau.:)

tadaa!! ni lah buku terbaru ANDREA HIRATA!

konsep cover buku ni lebih kurang sama macam HLOVATE punya cover. versi tunggang-terbalik. mungkin ni trend penulis nusantara zaman mellinium kot?


disebabkan aku masih dalam proses menatap PADANG BULAN mozek 5, aku tak bolehla nak review apa2 dari novel PADANG bULAN nih. tapi, tapi novel ni best! aku tau best! sebab aku yang baca, aku kan best:))

*krik*krik*

ok, dah azan. Assalamualaikum, babai

Tuesday, July 19, 2011

1# wordless wednesday

credit to 'Amirah Ayob(^^)\/

yay, aku dapat masuk URT

Assalamualaikum..

...lecehnya nak masuk U, kene isi borang tu, isi borang ni. buat medical checkup.

cari penjamin satu, penjamin kedua.

mintak tandatangan ketua kampung, kena cop lagi..

cari sijil spm, matrx, koko, transkrip, muet, kakom, tadika...

bukak bank islam pulak...skang aku dah ada 3 bank. kalau semua tu ada duit takpe jugak=.='

kene print borang2 semua..



okok, bukannya aku taknak buat tapi leceh..

p/s: merungut sangat tidak baik ya adik2
p/s/s:URT standing for universiti rumah tangga :))