Thursday, May 12, 2011

01:06 a.m


and now, its turn to 01:07 a.m.

minda aku masa ni sibuk nak menyelongkar blok2 silam yang mungkin semakin bersawang.

blok satu jam yang lalu,
blok satu hari yang lalu,
blok satu minggu yang lalu,
blok satu bulan yang lalu,
blok satu tahun yang lalu,
blok satu dekad yang lalu,
blok satu abad yang lalu. okay cukup, aku tak wujud dalam bentuk jasad lagi waktu itu.

tunggu sat, apsal sibuk2 nak selongkarla, minda la, blok la?apa ni?

haish, inilah hati kalau dah ada kebebasan bersuara. semua yang aku buat nak kritik.

listen, biar minda kita yang bersuara.ok mind, if you don't mind you can continue now.

aku hanya nak sentuh tentang satu perkara yang mempunyai banyak nama. apa tu?

SIFU.GURU.TEACHER.LAU SE.CIKGU.SENSEI.
tanpa anda, siapalah kami.


tiba-tiba rasa gatal nak cerita satu cherita.
cherita lama yang diolah kembali.

" ada seorang budak, kepalanya kacau.kenapa?oh, tidak! hW math tak siap lagi dan cikgu singa tu dah aim dia sebagai pelajar contoh.ya, contoh pelajar so-called-cemerlang.

dia dipaksa berdiri di hadapan perhimpunan atas alasan 'equation circle pun tak tau, bahalul!'.
dia terpaksa menahan tembok malu dari terus pecah menjadi sampah buangan. panahan kata-kata dari cikgu singa tersangatla tajam. habis koyak rabak maruah dia.

pulang dari penjara ilmu.(katanya), wujud dendam timbul kesumat. "I HATE HIM!!"(katanya lagi). selama satu hari dia menilai diri. makan minum semua dia tak endah. minda mencerna peristiwa semalam.perlahan-lahan, timbul kesedaran..

setapak-setapak dia melangkah. dan ia amat payah. umpama menarik batu besar ke pergunungan curam. sakit, luka, semua dia pendam. ada hadiah yang mahu dia buktikan.

segala puji bagi Allah. dia berjaya mengharungi saat getir atas kehendakNya. melalui cikgu singa.
slip keputusan dalam genggaman. A dalam tangan. air jernih menitis. syukur.

_TERIMA KASIH CIKGU, JASAMU DIKENANG_
SELAMAT HARI GURU!