Sunday, March 20, 2011

rasa macam baru semalam

exam.exam. final exam.
sekejap gila kut. terasa baru semalam aku daftar kat matrix ni,
terasa macam baru semalam aku merangkak dengan
beg macam nak pergi overseas naik tingkat 4 cari bilik.
rasa macam baru semalam aku sesat salah masuk kuliah,
semput-semput cari bilik tutor.
takut lambat seminit dari lecturer sebab nak dapat keberkatan ilmu(ngeh2)
ohohoi...

rasa macam baru semalam,
semuanya rasa macam semalam



dan tak lama lagi aku akan pulang semula
ke rumah dan jalani rutin harian aku macam lepas spm.
sambung lesen L yang tak kesampaian,
sambung jait2 baju yang terbengkalai,
sambung buat resepi kek yang hangus2 sedap,
sambung racing dengan pakcik2 tepi jalan,
sambung online macam orang kesepian sampai tengah malam,
sambung tengok muvi lepas bosan online,
lepak2 depan rumah sambil kejar2 ayam,
tidur dengan kucing sampai lemas sebab banyak bulu tercabut,
sambung cari buku yang bagi motivasi.

aish, langsung takde perkembangan la aku ni,
oh, oh, ada perkembangan, lebar badan aku dah naik 1 inci.
oh, NO!

haish, aku harap keajaiban berlaku esok.
yang bawa aku kepada sesuatu yang ajaib.ngehngeh
final exam, aku tak sabar nak jumpa ko.
see you next time.
assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.