Saturday, December 24, 2011

#ucapan

campak is different from chicken pox!!

*pandang satu badan*

oO, mann! tompok2 merah mula menular kat satu badan.

next week minggu belajar (study week)

GOOD LUCK KEPADA YANG NAK FINAL!! BITTAUFIQ WANNAJAH!
MAN JADDA WA JADA!

*pfff* terlalu eksaited sampai tertekan CAPS LOCK

Wednesday, December 7, 2011

Sunday, December 4, 2011

tangguh kerja a.k.a procastinate

assalamualaikum :D

siapa yang suka buat kerja last  min angkat tangan!!

me: *hand's up*

padan muka hang. bila kerja baru datang bergolek, tersengguk-sengguk hang tak tidoq 2 3 malam buat kerja.
awatnya, susah sangat ka nak buat kerja awal. asal suh je buat, kan lebih efisyen begitu?

me: tak kool la buat awal, buat lambat2 la baru rasa competitive skit. ada rasa semangat nak lawan dengan masa~

*ketuk pala sendiri* apeke senget saraf tunjang hang ni?!. bila hang dah tersengguk2  sebab tak tido 2 3 malam dalam kuliah, missed apa yang lecture syarahkan kat depan itu satu competition dengan masa? berbaloikah? bila dah tersengguk2 for sure la ilmu nak ketuk gegendang telinga tak dapat weh. kalau dapat pun kira nasib.

me:*sambil buat myline*

huha
itulah, dulu due date lambat lagi pegi dok huha kat depat lowyat, kat pavi, kluar masuk sogo,.sekarang tercongok la 5 jam depan lappy semata2 nak buat myline..

me: keluar air mata darah pun aku kena siapkan jugak T.T

p/s: jangan tiru macam saya!!
p/s/s: baru ku tau sayapemalu merupakan adik kepada matluthfi90

Tuesday, October 18, 2011

jangan cepat buat kesimpulan

Assalamualaikum :)

hikhikhik. tiba-tiba rasa gembira bila dapat buat post baru. hikhikhik :D

okay, itu sengal. back to main topic.

jangan cepat buat kesimpulan..

aku ada cerita nak diceritakan, sebagai contoh kepada kalian untuk direnungkan.(macam apa je..)

masa kat matrix dulu, waktu majlis farewell bak kata orang jepun. kenalah siapkan hadiah untuk ditukarkan bersama rakan2 yang lain. siap bagi range harga lagi. ok, fine. aku pun beli lah hadiah yang agak2 kedua2 gender boleh ngam dan sesuai dan suka dengan hadiah itu.

err. aku beli apa ek?..mug kut. tak berapa ingat. standard hadiah la kan.

lalalala, dengan senang hati, aku meletakkan hadiah untuk diberi di atas meja pengumpulan hadiah2 dengan harapan dia akan gembira bila terima hadiah aku. dia bermaksud orang yang bakal menerima hadiah dariku.

ok, start. lepas hadiah2 telah ditampal nombor, ajk pun menyerahkan nombor mengikut random.

bila aku sedut nombor dari balang aku mengharap aku dapat hadiah mahal. muehehe.

dipendekkan cerita, nombor aku pun dipanggil. dan aku ambik nombor tu, dan aku bukak hadiah tu dan dan dan..!!

aku dapat ..gam, gunting dan pisau....

aku terkesima. aku kecewa. (takdela sangat sebenarnya)

selepas beberapa bulan kemudian, aku pun meninggalkan matrix..dan selama berbulanbulanlah aku membiar sepikan gam gunting dan pisau di dalam laci rumah..

teng tereng..yay! aku dapat masuk U.

assignment sangat bnyak, exercise sangat banyak dan banyak sangat.

guess what? gam gunting dan pisau itu sangatlah aku perlukan dan pada masa tu jugak aku sangat berterima kasih kepada pemberi hadiah gam gunting dan pisau tersebut walaupun aku taktau siapa :)

the end.


Aish, malu-malu pulak! ;P

yay, aku suka happy ending. kesimpulannya apa?

setiap yang berlaku pasti dan sangat pasti ada hikmahnya. cuma cepat atau lambat untuk kita menyedarinya. kan?

sambung drawing. check it out!

Assalamualaikum :)

Saturday, October 15, 2011

sentap hati anak, mak..

Assalamualaikum :))

yeay! aku di rumah.*menaip sambil tengok barbie: A fairy Secret*

huh, barbie sekarang dah bersayap pulak=.='. yeay, aku di rumah!!.*again*

eh, eh. barbie tak pandai kawal sayap baru dia! ow, mann!!gedik gila cara dia cakap~. yeay, aku kat rumah!!*again and again*

shuhh! apa klas tengok barbie.

ken ; mangsa keadaan
tadi aku tunjuk sketchbook kat mak. respon yg mak bagi.

"eh, rupanya yah dah pandai lukis lah!"
"dulu mak yang lukiskan binatang untuk yah"

then, bila ayah balik, mak kat dalam bilik bagitau ayah.

"ustaz, rupanya madya kat sana tak main-main la..blablabla..",
sarung tangan oven mak pun madya boleh design, mak bagitau je nak warna apa~

aku yang bertelinga lintah pun terkedu..kos aku ni, kos main-main ke?

(T.T) ..BSc Industrial Design. no designer no product mak (T.T)

bak kata klasmate, we design what you don't.

kami pioneer mak. sob2 lagi. kalau cenggini, tiap kali balik kena tunjuk progress kat mak la.

sebelum hantar assigment kat lect, aku nak hantar kat mak dulu. bukan apa, ambik berkat :P

p/s: hari ini sangat bahagia :))

Sunday, October 9, 2011

kesamarataan


Assalamualaikum 

Aku percaya. Setiap satu manusia ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Undeniable. Kelebihan manusia dapat membuat mereka gah. Berada di tingkat yang atas. Disanjung. Dihormati. Disayangi. Di beri keistimewaan tertentu. Indah sungguh kelebihan manusia.

Kadang-kala, kelebihan mereka membuat mereka lupa bahawa, mereka turut punya kekurangan. Kekurangan yang bisa menjerut kerusi syurga ciptaan dunia mereka. Kekurangan yang bisa membuat mereka seperti sampah kotoran jijik di jalanan.  

Adil bukan? Kelebihan di kanan, kekurangan di sebelah sisi kanan.

Namun, aku pelik. Sungguh hairan. Mengapa wujud manusia yang berdiri megah, menunjal telunjuk mereka ke dahi manusia  lain. Seumpama merekalah Tuhan yang tidak punya kekurangan untuk diperbaiki. Bangga berkata itu ini. 

mister kaiyul, gambar pinjam. credit goes to him :)
Nahi kiya karo. Bukan menegur itu salah niatnya tapi caranya. Menegur dengan menghumban jiwa mereka ke lembah nista?menabur cerita di lautan manusia? Begitu?

Aku juga manusia, bukan sempurna hanya biasa. Di mana ada kelebihan, aku kongsikan. Yang mana wujud kekurangan ajarilah mengikut zaman.

Friday, October 7, 2011

untitle


bila mereka bertemu
manisnya muka semanis gula
lembutnya kata selembut sutera
indahnya pekerti seindah mutiara..
ya, ..bila mereka bertemu menjadi satu.

indah..cantik..manis dan molek..
tapi sayang, hanya bila mereka bertemu.

bila satu berpisah menjadi seribu
muka tidak lagi manis selain hempedu yang menghimpit
kata tidak lagi lembut selain pisau yang menghiris
pekerti tidak lagi indah selain cacar marba yang menyisip
ya, ..hati manusia mudah sekali berubah

ini cerita hidup manusia bukan seorang
bukan juga dua orang.
ini cerita manusia normal, yang punya hati di dalamnya hasad.

bila ditanya bagaimana menyemai kasih di dalam jiwa
jawapan mudah berkasih dahulu fahamnya kemudian
mudah..tindakannya tidak pernah.

manusia. manusia. manusia.
indahnya ukhuwah Islami pernah kau rasa?
ikatannya umpama kristal bahkan lebih kukuh lagi..
bila dia sakit. kau terasa
bila dia ketawa. kau gembira
bila dia berduka. kau hiburkannya
bila dia hilang punca. kau pimpin semula ke landasan..
yang Maha Kuasa.

aku terkadang penat menanti kamu.
leka dengan dunia ciptaan kamu.
leka berhibur tejatuh dan tersungkur.
tetap tegar kamu..






Friday, September 30, 2011

a piece of student's life

assalamualaikum :)

campus life sangat seronok. full of work, strain, ran deadly for assigment dateline,pressure. It's kinda fun and interesting. no no no, ini bukan troll sarcastic tone or whatnot.

some might think that.."budak ni dah gila..". haha. aku masih waras. aku makan roti canai harga lapan posen bukan bayar dengan tin kosong..

gugel search

........okeh, aku admit! siapa kata belajar tu senang??!! stress tau tak?! sometimes could be enjoyable and interesting dan kadang-kadang miserable dan huru-hara.

let me bring you to my condition right now. I learnt physics mathematics and chemistry before, in high school also matriculation. mostly, otak kiri yang banyak memainkan peranan dalam proses pembelajaran. and now, I'm taking product design in university. there are certain subjects that similar and the rest are halfly similar such as drawing, eng drawing and industry design. I just started and my view no' need-to-be-true-100%'.

why am my post this?? (dah mula hilang fokus la ni) back to real problem. aku blur dengan keje ID(industrial design)..it's about a. no no actually the problem is I need to reformat my way of thinking. contoh eh, organic shape. I need to find an organic shape and interpret on a piece of paper. when I'm done with that. I bring to my lecturer. then she's asking me, "why this shape so organic?, how it's become organic?" something like that. and I do not know how to explain it. after she's asking me several times. when I asking back her question, how to makes my work looks organic. the answer is..on you. how you look something more organic. which means to me there is no answer.

maksud nya di sini. ID bukan math atau phy atau chem yang ada jawapan yang sebenar.ID bukan buku yang full of exercise compile with answer sheet at the back. aku rasa macam I need to think out of the box. itulah yang aku kena format balik.

kena banyak guna otak kanan.

_________________________________________________

aku simpan entri merepek ni dalam 3 hari dalam draft sebelum aku tau 'how to show an organic object'.

like I said before, kena banyak guna otak kanan. critical thinking pun kena masukkan jugak.

kitty cat
as a conclusion, learning is a process how to develop nothing to something.

Thursday, September 22, 2011

sekarang

assalamualaikum :| aku sihat. cuma, hati kurang sihat. makin sakit. sekian.

Saturday, September 10, 2011

ekspresi aku bercampur.

assalamualaikum.

did you notice that, there's no smiley after my greeting? right. I'm modeless.

4/9. aku telah mula ditransfomkan menjadi mahasiswa utm dalam minggu transformasi mahasiswa (MTM). dari duduk tido makan suap tibi online kepada mahasiswa kuliah bas lecturer hema canselor design and blablabla. aku rasa macam shocked dan masih mamai. minda aku merayau-rayau mencari life handle. otak aku gatal pikir macam2. boleh tak aku survive? camna kalau aku hayut? aku boleh fokus atau tidak? serius weh, aku masih mamai..

oh yeah. lupa nak cite. ahad lepas aku telah mendaftar di utm, jalan semarak, kl. macam biasa jalan extravaganza jamm. bangunan yang boleh patahkan tengkuk sebab terlampau tinggi dari aku. bau macam2. then sampaila ke utm. pendaftaran semua smooth dan clear. good job crews. bergerak ke kolej kediaman lebih kurang 5km kot dari kampus. kalau nak pergi kuliah ke studio memng kena naik bas. dan kebanyakan kelas aku kat yayasan selangor.

bercakap pasal kolej kediaman. aku rasa sangatlah beruntung dapat tinggal kat sana. kolej siswa jaya. ada 7tingkat. lif 2 kotak. tangga. ada 4 wings.wifi 4bars(kalau kat tingkt 1 atau tangga dan bukan waktu puncak) toilet dalam bilik dan share dgn 2 bilik. koop, cafe. laundry room, toaster, peti ais/sejuk, microwave kat tingkat 2, 4 dan 6. bilik tibi ada astro kat tingkt 1, 3 dan 7. dan macam2 lagi lah.

next week start dah kelas. start kelas pkul 8. naik bas. klas paling lewat habis pkul 10malam. hambik kaw. lama. aku harap fokus untuk belajar kat sini tak pudar ke hilang ke lari ke.

senanya, banyak lagi yang aku nak taip tapi ada roadblock dlam saraf otak. sokay kan, banyak masa lagi aku boleh cite. selagi hayat dikandung badan.

jadi. assalamualaikum. dan baibai.

Sunday, August 28, 2011

raya datang lagi~


Assalamualaikum :)

hujung ramadhan.
pangkal syawal.

masa tu orang malaysia la paling sibuk nak buat persiapan raya. tapi aku...

bagai raya di perantauan. ishk, tak bersyukur langsung. dapat raya 5 hari tu syukurlah banyak2.

taksempat nak taip panjang2. sat lagi nak balik kampung. melaka wey! melaka!

kemas barang, sumbat kuih raya dalam botol. campak beg dalam kereta, jalan..


SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI.
maaf zahir dan batin :)

misteri bank.


Assalamualaikum :) klik untuk tumbesaran!

aku harap apa yang diorang cakap tu betul.(law of attraction).

p/s: berangan la banyak2 aku ni

Friday, August 26, 2011

kau pergi jua


Assalamualaikum :(

kiko dah mati :(. kena 'main' dengan blacky (T.T)


Wednesday, August 24, 2011

option.

kau umpama anjing.
yang dirantai..

aku taknak jadi anjing!


Monday, August 22, 2011

for you and for me!

Assalamualaikum :)

iklan sekejap.
ipah : akak, mak panggil.
aku : kejap.
ipah : akak, mak panggil la..
aku : kejap la..
ipah : akak ni asyik dgn pesbuk je. akak taktau ke pesbuk ni tak penting pun. akak kan dah besar mestilah akak tau!
aku : (aduh, jantungku ditikam lidah tak bertulang~)

ipah darjah 3. aku? aku baru 19...

yeah, kembali ke studio! pepatah raya ada menyebut :-

"bagaimana kuih raya begitulah acuan kuih raya"
"kat mana tumpahnya kuah lodeh kalau tak dalam mangkuk ketupat"

point aku adalah jadi baik. kelak keturunan kau juga akan jadi baik. beb, cane nak jadi baik?

"maknanya tak boleh la nak practice Islam tu secara juz'ie.
secara berjuzuk-juzuk.
mana yang kita rasa nak buat kita buat.
mana yang kita rasa tak nak buat kita main redah langgar je"
_versus-hlovate_

sebab kenapa aku cakap pasal keturunan, baik, whatsoever?


berbalik kepada pepatah tadi. selalunya pepatah tersebut ditujukan kepada ibu bapa. tapi aku nak alihkan kepada the eldest dalam family. adik-beradik aku 7 orang dan aku yang ke-3. mak dan ayahku kadang-kadang sibuk dengan keje. jadi, yang adik-adik bawah aku ni mencari-cari tempat nak bermanja, tempat nak sedut kasih sayang, tempat nak belajar erti hidup.

kalaulah kakak/abang dah mula merempit, lepak2 kosong, bakar duit, cakap kasar kat mak bapak, ringan-ringan..tak mustahil adik2 akan meng'follow'. jangan pulak buat2 terkejut bila cahaya mata intan payung zuriat emas kalian akan buat balik apa yang korang buat time muda belia dulu. posibility up to 70% and above. bahaya-bahaya.

sama la juga kalau junior senior kat sekolah/campus. anda mencorakkan masa depan.


what goes around, comes around.

okay fine. cakap senang la. nak jadi baik. keturunan baik. ko pikir senang? :))
aku tak cakap berubah jadi baik seketul-seketul. sikit-sikit la der~ asal ada peningkatan. hari ini lebih baik dari semalam. berusaha untuk mencapai redha Allah.

hijrah kawan. hijrah.

ohoihoi, apa kau tu dah cukup baik nak post entry 'baik' ni?


Daripada hazrat Anas R.A beliau meriwayatkan bahawa kami berkata : “Wahai Rasulullah, adakah betul bahawa kami tidak patut menyeru manusia kepada amalan-amalan yang baik sehingga kami beramal dengan semua kebaikan, dan kami tak patut mencegah mereka daripada kemungkaran sehingga kami sendiri menjauhi kesemuanya?" Maka baginda berkata : “Bukan begitu, serulah kepada amalan-amalan yang baik walaupun kamu belum beramal dengan semuanya dan cegahlah kemungkaran walaupun kamu belum menjauhi kesemuanya,”

(Riwayat Tabrani)

when we united together

p/s: ipah ikut perangai kakak dia yang paling tua :D. lidah tajam tak bertulang.
p/s/s : kak. umi! peace(o.0)








Saturday, August 20, 2011

kartun, bukan untuk kanak-kanak?

Assalamualaikum:)

siapa pencipta kartun? siapa?siapa?google up!

animasi sangat digemari oleh kanak-kanak(dan orang dewasa) kerana jalan cerita yang tidak terlalu berat dan penuh dengan warna-warni serta humor yang santai. macam ayat suratkabar plak.

tapi kenapa tajuk aku 'kartun, bukan untuk kanak-kanak'? mari bersama-sama saya mengembara ke Jepun bertemu Yoshito Usui. dah boleh agak?dah boleh agak?


___________loading______________loading___________

shin chan la..yes! bila teringat shin chan, aku akan terbayang punggung nya yang serupa alien tak berbaju

.

eeui~ adakah ini senonoh untuk ditonton oleh kanak-kanak yang akan membesar dan memegang pucuk pimpinan negara kita?

oh, no!! aku tak mahu pemerintah yang lucah.

kartun sangat best! dan ya, aku admit yang aku tak tidur sampai pukul 12 malam tengok chowder. sebab kartun gila-gila dan mostly tak logik untuk dibiarkan hidup di alam realiti.

tapi bagi aku tidak adil jika kanak-kanak yang menontonnya. mereka masih kecil! pernah dengar kanak-kanak 10 tahun mati terjun bangunan dengan memakai pakaian serupa superman? aku pernah

kalau dulu aku minat gila dengan power rangers! semangat kejantanan aku naik bila nampak power rangers merah lawan dengan orang jahat pastu kalah then panggil kengkawan dia datang tolong, takpun ultramen yang akan menang bila button kat dada dia dah jadi merah. aku minat. sampaila satu hari, mak aku jahit kain. lebihan kain tu aku lilit kat kepala, lilit kat tangan, lilit kat kaki, keluar rumah pergi ketuk pintu jiran ajak gusti.ye, aku tau. tak senonoh!

eh? tapi power rangers& ultramen bukan kartun! boo00~

sama jenis la tu. dah benda yang merapu-rapu keluar. raksasa 3 mata. manusia boleh jadi kecik besar. ada kuasa dalam jam tangan. tukar baju dalam 3 saat. real sangat la tu?

pengaruh kartun..

tapi ya adik-adik, jangan terlalu kecewa! kerana bukan semua kartun begitu lucah dan tak masuk akal.
upin ipin! penuh dengan moral dan integriti.
supa striker! semangat sukan yang hebat.
kacang! bff forever. makan pon sodap~
Muhammad, the last prophet! wajib tonton!
Saladin! aku tak pernah tengok lagi.

dalam bidang animasi, produk Islam masih kurang. lambakan dari jepun taiwan, dan barat terutamanya sangatlah banyak. aku tak tinjau lagi kat negara padang pasir. so, no komen.

kesimplannya. carilah medium yang terbaik untuk kita dan bakal anak-anak kita. wujudkan lebih banyak nilai-nilai murni dan menjana minda agar tidak terpesong akidah.

"Tarzan hidup separuh bogel..
Cinderella balik lewat malam..
Pinocchio menipu manjang..
Aladdin suka mencuri..
Batman memandu 320 km/j..
Superman pakai underwear kat luar..
Sleeping Beauty pemalas asyik tidur..
Snow White tinggal serumah dgn 7 lelaki..
Mcm mana budak2 sekarang tak terpengaruh dgn perbuatan2 tak bermoral macam ni..=='....
Elakkan daripada melakukan perkara2 yg mendatangkan zina.."

p/s: lepas ni ramai-ramai ambil kos animation kat oneacademy~

Wednesday, August 17, 2011

Ctrl+w

mari kita berguling sama-sama. ikut rentak. ok, now guling-guling sebelah kiri! *guling*guling*tukar-tukar! guling-guling sebelah kanan pulak!*guling*guling*

ok, dah penat. Assalamualaikum! :)

goyang-goyangkan badan~ goyang lagi. lagi. lagi..lagi..

hey, malulah sikit! ok. now I'm really really done. kbye

psst: please do ctrl+w and don't cursing me




Monday, August 15, 2011

review

"Tanggungjawab kita masih banyak diluar tu... Tanggungjawab pada Dia itu masih ada. Tanggungjawab nak betulkan orang kat luar sana agar sedar, pun ada juga. Tanggungjawab nak habiskan studies pun perlu diselesaikan juga. Ada seribu satu benda kat luar tu yang tanggungjawabnya atas nama kita, tapi tak ada satu pun yang harganya sia-sia kalau kita pajakkan apa yang kita buat tu atas nama Dia."

contengan jalanan-hlovate

no word means wordless


Thursday, August 4, 2011

taging tag

ADAKAH ANDA RASA ANDA HOT????
emm. hot tu panas kan? yes, I am. dulu belajar sains cakap manusia berdarah panas.

UPLOAD WALL PAPER PC/LAPPY ANDA



STORY BOUT D PICTURE
let the picture talk by itself :)

KALI TERAKHIR MAKAN AYAM
ammm, pagi tadi kut.

LAGU TERAKHIR YG ANDA DENGAR
lagu tamil kat zee variasi. tak tau tajuk.

apa yang anda sedang lakukan selain selesaikan tag ni ...
garu kepala

selain nama sendiri , anda dipanggil apa ??
TONG!!
what the keyboard kan? tu pasal masa aku main netball badan aku lembik macam sotong :P
so, coach panggil buat pembakar semangat. ngehe. thnx coach :) sekarang dah jadi sekuat TIGER~ tehee :D

tag 8 blogger
1. Sofea(u~ nama yg lembut)
2. Maulida(u~ kelahiran kan? atau dilahirkan?)
3. miszPuah
4. A'an Raihan
5. MMH
6. KakMah Durian berlubang tiga .ngehe
7. cikDiba
8. Doddler puteriZAhra

siapakah no 1. anda tag ...
awesome bestfriend:)

katakan sesuatu tentang no.5 yg anda tag ...
follower making c(=

org yg ke.3 ditag , berhubungan ngan siapa ??
apa punya soalan nih? speak malay please

bagaimana ngan no.4
bagaimana apa? cuba bagi soalan penuh sikit :P she's fine. sihat wal'afiat

pesanan buat no.6
sikit durian, tapi taknak yang berlubang. :P

kata-kata cinta buat no 2...
Ukhwah fillah abdan abada InsyaAllah
Saya menunggu awak pulang ke Malaysia .
Semoga jodoh ada utk kita berjumpa T_T

adakah no.7 n no.8 mempunyai persamaan ?
yes la. both cute. tak caya ke?

berikan 5 perkara yg anda tahu tentang orang 1st yg anda tag
  1. tersangatlah suka makan benda masam. tomato la, belimbing la. tapi takmakan jeruk.
  2. suka masak 'masak lemak cili api' warna oren :P
  3. tumblr addicted
  4. her drawing. sangatlah berbakat.
  5. kawaaii, cute, comel, tu sume type dia.

persamaan lembu n kambing ??
ruminants

perasaan ketika jawab tag ni ....
aduh, jerawat batu tumbuh kat atas hidung. sakit >.<

adakah anda tahu rizman sengal ....
tahula sangat. rizman tu student 3rd year uitm shah alam kan? (aku main belasah je)

gay or lesss ????
Daripada Ibn Anas r.a berkata Rasulullah SAW melaknat mereka yang menyerupai wanita daripada kalangan lelaki dan mereka yang menyerupai lelaki daripada kalangan wanita (HR al Bukhari)

Monday, July 25, 2011

11:42 P.M

apa aku nak post?apa idea terbaru untuk post terbaru aku??taktau nak post apa lagi nih?


nah, skul terbaru jumpa masa webwalking. nak tengok chowder.

okbai. eh, lupa lagi. assalamualaikum :)

Saturday, July 23, 2011

hikmah

for those who are still seeking His wisdom.

"dan kembalikanlah keyakinanmu kepadaNya,
redha atas ujian diberi,
pasti pelangi akan menanti,"

Friday, July 22, 2011

entri tapi-tapi


malam semakin suram. bosannya. tak rasa bosan ke?

open new tab. search google engine. type : comic. click www.mangareader.net

bosan lagi. type product design pulak. keluarlah graphic novel pasal product design kat sini

tiba-tiba rasa seram nak sambung kos ni. seram tak dapat adapt dengan dunia baru. dah biasa main calculation, formula bagai. tup-tup masuk bab designing.

memanglah aku yang apply kos tu, dan benarlah aku minat bab2 designing ni,,er, tapi-tapi..faham tak apa yang aku cuba sampaikan melalui telepati tadi,, faham tak? :P

tapi aku macam confuse sikit. tempoh belajar 3 tahun maksudnya ada 6 semester. sekejapnya..bukan maksud aku nak terperap lama-lama jadi Marilyn Vos Savant kat utm tu, tapi-tapi, macam tak make sense je, selalunya bachelor 4tahun. haha, sesedap aku je nak study bape tahun, sekali kena repeat baru tau. uh, nauzubillah.


___________________________silent___________________

yeah, I'm zipping my mouth. lupa nak bagi salam. Assalamualaikum :)



Thursday, July 21, 2011

nikmat super:)

Assalamualaikum :)

tarik nafas dalam-dalam. alhamdulillah. tenang hari ni. pandang perut. oppss, terboroi 3 inci, almaklum dapat makan pulut kuning hari ini.alhamdulillah :) subhanallah, kalau nak tengok, tiap-tiap hari dapat nikmat kan?perasan tak?perasan tak?




dalam surat cinta Dia pun banyak kali pesan, "Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?". subhanallah. kita kadang-kadang takperasan atau buat-buat takperasan.

part yang buat-buat takperasan ni memang nak kena. ok, tu aku la tu. bila dah sakit baru lah meroyan cari ubat, sebab apa? sebab nak sihat. bila da sakit baru kita tersedar, sihat tu satu dua tiga nikmat yang maha besar Allah bagi. hanya orang yang sakit je nampak nikmat tu. betulkan?

tapi sebenarnya, sakit pun satu nikmat jugak. nikmat penghapus dosa. lepas ni kalau sakit, dah boleh tersengih-sengih macam kura-kura takcukup tido. sebab sakit pun satu nikmat:)

bila kita sakit, kita ingat Allah macam ni, "O Allah, why you give such this punishment for me?"

dan bila kita sihat, kita macamni, "eh, dah azan la, kejap lagi la, nak update status fesbuk!" :))













Wednesday, July 20, 2011

take4


Assalamualaikum :) takjawab dosa:))

sungguh masa begitu cepat berlalu meninggalkan aku yang masih terkontang-kanting mengejar makna kehidupan..intro jenis apa nih?

*taip sambil pandang muka dalam cermin* aku dah besar rupanya. dah 19 tahun walau tak secara rasmi.

*kira jari* since aku tahun 5 baru aku start belajar ABC, 123,dan seterusnya.. kata banyak makna, adjektif, tanda seru, noktah,plural, singular, pecahan wajar tak wajar, bahagi ada baki takde baki, planet2, warna pelangi, playar muncung tirus, spanar, skru,tukul mata bulat, karnivor, omnivor, haiwan ada tulang belakang, takde tulang belakang blablabla.

banyak, sampai sekarang pun aku still perlu belajar, ok stop! belajar bukan semata-mata di sekolah je, even tepi longkang pun kita boleh belajar.

.."kisah Salman Al-Farisi r.a., di dalam satu musafir bersama beberapa org sahabatnya. Ketika berhenti di sebuah tasik, beliau menghampiri salah seorang drpd sahabatnya yg baru selesai meneguk air drpd tasik
itu dengan bertanya, “Adakah air yg kamu minum mengurangkan air di dalam tasik ini?”
“Sudah tentu tidak, apakah yg mampu dilakukan seorang lelaki seperti aku ini utk mengurangkan jumlah air di dlm tasik ini hanya dgn meneguknya sedikit?” balas sahabat itu tadi. Salman r.a. berkata, “Begitu jualah halnya dgn ilmu. Ambillah daripadanya setakat mana yg kamu perlukan, dan tinggalkanlah yg selebihnya.”..


tapi beb, kalau belajar je, pastu lupa macam korang belajar fekah darjah 4, korang serupa ni..


ilmu tanpa amal umpama pokok yang tidak berbuah, bukan pepatah aku, tapi pepatah arab. sayang weh, belajar banyak, tapi perangai macam ranting goyang.

p/s: selamat belajar!!

ANDREA HIRATA



Assalamualaikum :)

minggu ni perasaan bosan dah berkurangan. mungkin sebab dah sibuk fikir perancangan masa dpan kut.ekeke

back to the topic, ANDREA HIRATA!! eh, tak kenal ke?yang tulis buku LASKAR PELANGI tu!!
takpe tanya kat makcik gugel. mesti dia tau.:)

tadaa!! ni lah buku terbaru ANDREA HIRATA!

konsep cover buku ni lebih kurang sama macam HLOVATE punya cover. versi tunggang-terbalik. mungkin ni trend penulis nusantara zaman mellinium kot?


disebabkan aku masih dalam proses menatap PADANG BULAN mozek 5, aku tak bolehla nak review apa2 dari novel PADANG bULAN nih. tapi, tapi novel ni best! aku tau best! sebab aku yang baca, aku kan best:))

*krik*krik*

ok, dah azan. Assalamualaikum, babai

Tuesday, July 19, 2011

1# wordless wednesday

credit to 'Amirah Ayob(^^)\/

yay, aku dapat masuk URT

Assalamualaikum..

...lecehnya nak masuk U, kene isi borang tu, isi borang ni. buat medical checkup.

cari penjamin satu, penjamin kedua.

mintak tandatangan ketua kampung, kena cop lagi..

cari sijil spm, matrx, koko, transkrip, muet, kakom, tadika...

bukak bank islam pulak...skang aku dah ada 3 bank. kalau semua tu ada duit takpe jugak=.='

kene print borang2 semua..



okok, bukannya aku taknak buat tapi leceh..

p/s: merungut sangat tidak baik ya adik2
p/s/s:URT standing for universiti rumah tangga :))

Friday, July 15, 2011

next station


alhamdulillah:)O Allah. You knows better what best for me.
as you be able to see at the side bar which placed at your right-hand-side.

sini la------->>

I wish to further in architecture program. but I didn't get. MashaAllah. He knows my ability. yio, architecture prog needs a lot of hardworking, creativity, fascinating, and energy.

"Being an architect is not an easy path. We need to go against our sleep clock, put some effort, read dozens of books, brainstorming big time, and of course tawakkal from Allah. InsyaAllah we will be able to score well in architecture (regardless on how unskillful we are for the time being)"

might be I'm lack some part of requirement program or there's something more super double power wisdom hiding around me:)

what ever it's, praise to be Allah, Alhamdulillah^^

oh, the title.
say hello to UTMRazak School! Industrial Design will take place for the next station.

for those who're still blur about this prog. move your mighty mouse to this link

p/s: kampus ceq kat KL ja!! tolong jeles~

Thursday, July 14, 2011

esok punya cerita

result upu klua esok.
mata aku gatal nak terkebil-kebil.
minda sibuk nak memikirkan ke mana hala tuju aku lepas ni.
sesak tahu?







which one?



you will be familiar with this diagram when you're in engineering prog. :-

but, you will be familiar with this picture when you're studying architecture:-







tak.tak..aku tipu je

Tuesday, July 12, 2011

Thursday, July 7, 2011

01:09 AM

zombie sedang menulis puisi,
di sudut paling kiri,
menanti wagon wheel pastry,
'cepatla sikit! jangan buat aku ternanti-nanti'.

sebenarnya, I've no idea nak tulis apa,
buku dah banyak tak baca,
takda isi nak kongsi bersama,
tapi rasa nak update juga,
inilah jadinya..

hari-hari mngadap facebook,blog,tumblr,tweeter,
sebulan dua tahan la mengadapnya,
kalau dah lima bulan duduk rumah tak bekerja,
dengan online tiap masa,
muntah darah hijau likat aku dibuatnya..

tunggulah esok-esok bila neuron dah ada cerita,
habis sekali lima post aku bagi,
tu pun kalau ada esoknya,
huh, dah lewat!kang susah nak bangun pagi.

p/s: hari ni, hari jumaat! al-Kahfi jangan lupa^^

Tuesday, June 28, 2011

rupanya..

Assalamualaikum!

tadi baru lepas test JPJ kelas D. lulus woh! tahniah kepada aku.


okey, tu bukan point penting. Dalam masa aku tengah menunggu giliran bersama2 tester a.k.a pakcik JPJ dalam limousim viva. berlaku la perbualan di antara 2 orang dewasa lelaki..

: pak cik, tak elok la isap rokok, nanti mati cepat!

:apa lu tau? kalau orang tak isap rokok tak mati ka?

:eh. yakah?

: *mula berceramah* blablabla

:*mendengar dengan penuh khusyuk..*sambil keluarkan rokok lalu turut menghisapnya*


what?! rupanya orang yang menegur tu pun hisap rokok juga??huh, cakap tak serupa bikin.

p/s: act. tgh try smiley baru. cute kan?