Sunday, March 28, 2010

untitled

bismillahirrahmanirrahim.

mary,
semalam aku terkenang zaman kecilku,
ah, indah sekali.
semuanya.

apa yang harus aku lakukan?
masa kecilku,
dosa yang kotor tidak terpalit pada daging suci.
tidak sama sekali.
pabila ku dewasa.
bertambah dosa yang ku lakukan.

hampir aku tidak dapat menghitungnya.
aku berfikir sejenak.
mampukah amalanku dapat menembusi syurga Allah?
ya Tuhan,
sungguh malu aku rasa.

solat 5 waktuku kadangkala terlajak lewat.
tahajudku kadang-kadang.
puasa sunatku jarang-jarang.
hiburan dunia mengisi kekosongan kala kesepian.

aku malu mengaku aku hamba-Mu ya Tuhan.
layakkah aku mencium syurga-Mu?

kadangkala aku berdoa.
jika nyawaku yang Kau panjangkan ini baik untukku agamaku dan duniaku
maka Kau panjangkanlah ya Allah
jika nyawa yang Kau berikan ini
kugunakan untuk merosakkan agamaku dan duniaku,
ya Allah, sesungguhnya aku tidak mampu menanggung azab jahannam-Mu
ya Allah Kau matikanlah aku dalam iman.


ah, naifnya kanak-kanak



kelmarin, mak cakap kat iman.
"apa nak jadi dengan kau ni, iman?
keje sekolah tak siap2?
esok mak dah takde,
sape nak tengok?"
dengan nada sayu
berharap anaknya memahami
hati ibu yang sentiasa menyayangi anaknya

lalu iman dengan muka innocent bertanya
"besok mak pergi mana?"

Baiknya Tuhan..

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda
yang bermaksud : "Allah befirman , 'Jika hamba-Ku berniat melakukan keburukan,
jangan kalian(para malaikat) catat kesalahannya hingga ia melakukannya.
Jika ia telah melakukannya maka tulislah semisalnya.
Jika ia meninggalkannya kerana-Ku, tulislah untuknya satu kebaikan.
Jika ia berniat melakukan kebaikan dan belum melakukannya,
tulislah untuknya satu kebaikan.
Jika telah melakukannya, tulislah untuknya(ganjaran)
sepuluh kali ganda hingga 700 kali ganda."

(Riwayat al-Bukhari no.6126 dan Muslim no.131)

dunia baru Islam

Masih basah kenangan indah
Zaman cemerlang era gemilang
Ketika Rasul ada di sisi
Para sahabat mentadbir bumi

Zaman nubuwwah era khulafa'
Islam laksana api yang menyala
Menerangi teman dan juga sahabat
Bahang panasnya membakar lawan

Di celah itulah
Kami mengatur langkah
Membina sebuah thoifah

Di sini bara
Tak pernah padam
Digenggam kukuh
Sebuah azam

Ayuhlah para mujahid
Ayuhlah para mujahidah
Kita tinggalkan zaman fitnah
Agar tertegak kalimatullah
Agar terbangun.....
Dunia Baru Islam

by:Pahrol Mohd Juoi