Friday, December 31, 2010

last day

dengan akal yang separa waras bercampur sedikit nafsu amarah
ampunkan aku jika kata-kataku melukakan hati jernihmu
sinis pandanganku bila mereka angkuh di kemuncak impian
berbulu telingaku mendengar cacian dan makian
seperti tanganku ringan ingin menampar mulut mereka
jika tanganku merupakan penyepit yang tajam
akanku sepit lidah mereka sehingga hari kebangkitan
maaf,

Saturday, December 25, 2010

pagi ini

kamu tahu apa yang aku sedang lihat?
satu tali ukhuwah yang sedang diperketatkan.
pelukan, tangisan, senda-gurau mengisi ruang.
indahnya jadi mereka, tenangnya jika bersama mereka.

dan aku, di sini..
masih termenung melihat gelagat mereka,
bermimpi di pagi hari bersama di kalangan mereka,
layakkah aku?

pagi ini hanya mentari menemani hariku
berjalan menyusuri gelap kehidupan
masih mencari ketenangan di sebalik liku-liku kehidupan
aku terus melangkah mengharapkan esok masih ada untukku..

masa, jangan kau berlari terlalu pantas,
aku terlalu penat untuk mengejarmu,
biarkan aku melepaskan lelah barang sesaat dua
aku perlukan kekuatan semula.

p/s: sahabat aku ingin sepertimu, dalam ketenangan..


Friday, December 10, 2010

she's alone

dia pasti sedang berdiskusi dengan buku-bukunya.
belajar untuk menghayati ilmunya,
demi mencapai PGNK 4.0 bak kata zahidah empat rata.
itu menarik.

sedih, bukan kerana dia rajin,
tapi kerana dia sedang keseorangan bersama the turtles.
diyah, jaga diri elok-elok ye.
don't forget to feeding them when the time reach 11.oo pm ye..


Thursday, December 9, 2010

Saturday, December 4, 2010

apsal tetiba rasa malas menyelubungi diri?
aku perlu belajar.
menjadi ulat buku terpantas abad ini.
semangat.semangat.semangat.!!
SEMANGAT!

tutorial, quiz, jaga kau! sat lagi aku kerjakan korang cukup2!!

cahaya


aku perlu setia pada cahaya
kerana cahaya itu akan membawa aku
ke jalan keluar dari kegelapan yang mengerikan

aku perlukan cahaya untuk menerangi setiap langkahku,
barang sesaat ia terpadam punahlah seluruh harapan dan impianku

cahaya, jangan engkau pergi,
tolong suluhkan aku ke mana aku patut melangkah
ke timur atau ke barat
langkahku mati andai engkau pergi
pimpini aku hingga ke akhirnya..



saya selesema cikgu..:((


bismillahirrahmanirrahim.

dalam 2 3 hari ni, tahap kesihatan manusia sejagat agak
membimbangkan, manusia akan membuat andaian,
mungkin faktor cuaca, genetik, tahap kebersihan diri dan berbagai
faktor lahiriah lain. *senyap*

dan di dalam perbincangan tersebut,
tidak terdapat 1 pun faktor yang berkaitan dengan
rohani, iya, makanan hati...

bila bercakap pasal makanan hati pasti terfikir apa
itu makanan hati? cekedis?mashed potato?nasi goeng cina?

tak. tak adik-adik. makanan hati itu hidangannya zikrullah.
untuk mendapatkan zikrullah kita perlukan ilmu dan amal.
sentiasa beribadah dan taat padaNya. ada orang mengeluh.

"haih, sikit2 sembahyang ngaji dok terperuk je dalam masjid. assignment bila nak buat?xkan nak sosial sikit tak bole?!"
Fathul Musyail pernah bertanya kpd seseorang, "Bagaimanakah keadaan seorang yg sedang sakit jika ia tidak diberi makan, minum dan ubat selama 3 hari berturut-turut?". Orang itu menjawab "sudah tentu ia akan mati".. sambung beliau,"begitulah hati, jika ia tidak diberikan hikmat dan ilmu dalam 3 hari, maka ia akan mati krn ilmu dan hikmat adalah makanan hati"...


adik-adik. kita hamba Allah. apa hak seorang hamba terhadap dirinya sendiri? berbakti kepada tuannya.

dan fikir kembali..kita siapa?
bukan hamba?

Friday, December 3, 2010

Ar-Rijal Qawwamuna Ala Nisa


hewan juga tau posisi mereka.

manusia? adakah laki2 mereka

pengecut?jangan marah saya,

marah mereka yang mengajar saya.

Sunday, November 28, 2010

Amor vuol sofferenze


anda kenal ini siapa?

pentas teater


pernah dgr x..



"gua nak lu, gua nak lu jadi hak gua.."

wahaha, glak guling2 kot aq dgr!!ngahaha!

Saturday, November 27, 2010

gua nak lulu.


siyes, aku jatuh cinta lagi.
ni dah kali keberapa ni?
aku cinta A.R.T!!
aku tak senang duduk kalau orang ada bakat dalam art.
tak kesahla tulis puisi ke gurindam ke
poster, manga, etc.etc.
aku pasti teruja tahap gaban!!
tapi yang sedihnya aku tak punya bakat macam mereka.
jadi aku hanya mengagumi mereka^^
tapi dari jauh.
pelukis2, pemuisi2,penconteng2 tandas awam,
penulis2. saya meminati kalian^^

Friday, November 26, 2010

cerita pelangi


dan setiap kesusahan itu pasti terselit kebahagiaan
aku ingin bebas.

meneroka dunia.hutan.bukit.gunung.laut

indah bukan?

diari hati


biarkan aku berbicara sebentar
meluah segala rasa dan jiwa

manusia sering terleka
dengan kemanisan dunia
kata yakin pada janji Dia
sedang jasad terkulai leka.

maaf, aku bukan mengata sesiapa,
cuma nasihat diri sahaja
azam sehari esok sudah lupa
hem,sudah namanya manusia.

mimik muka luarnya suci,
dalam yang tahu hanya Ilahi
orang buat baik dikatanya rugi
benarkah mereka tak dapat hidayah lagi?

kadangkala aku penat.
melayan nafsu yang sesat
hendak menjaga pandangan barang sesaat
bagai menolak makanan yang lazat.

mardhiah,mardhiah,mardhiah.
jangan ikut jalan mati
kelak masa memakan diri.

p/s: rasa susah nak istiqomah, macam mana nak dapat syurga Allah?

MARDHIAH, FIGHTING!!

Sunday, November 21, 2010

subhanallah, cantiknya langit Tuhan.

Saturday, November 20, 2010

my mood

bismillahirahmanirrahim.
maaf.post kali ini tidak bergambar.
tiba2 rasa nak menaip, jadi saya menaip.
oh, ya. hari ni berapa haribulan ye?
................
tiba2 rasa tak jadi nak menaip.
jadi saya berhenti di sini.

Friday, November 19, 2010

post menangis

boleh saya pinjam bahu awak untuk menangis sepuasnya?
boleh saya pinjam telinga awak untuk menjerit sekuat hati?
boleh saya pinjam badan awak untuk lepaskan geram yang terbuku di hati?
boleh saya?bolehkah saya?
..................................
..................................
i hate this feelings.
i hate when i feel it,
i hate becoz me and only me feel this..
alone...
...................................
kenapa perasaan bukan macam kuih koci?
boleh dibahagi-bahagi,
ikut suka hati?
....................................

Tuesday, November 16, 2010




memang sukar nak kawal perasaan.
marah, benci, kecewa, gembira,sedih,
dan aku di sini, masih belajar untuk mengawalnya.
belajar untuk menghadam suasana persekitaran.

btw. salam aidil adha mardhiah^^

kakom dulu

long time ago

ini cerita lama, zaman bujang dulu.

Sunday, November 14, 2010

Sila baca sampai habis bagi menghayati maksud tersirat kisah ini.

Pada suatu hari yang nyaman, dengan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa, sebuah keluarga besar telah pergi picnic di tepi pantai. Keluarga ini merupakan keluarga yang kaya raya. Ada "tauke balak", ada "tauke minyak", ada "tauke minyak sawit", ada "tauke getah", ada "tauke emas" dan macam- macam lagi. Namun, tidak mungkin dalam satu bakul buah itu, semuanya elok, pasti ada jugak yang busuk.

Sebenarnya kehidupan adik-beradik ini mula goyah selepas bapa mereka dibunuh secara kejam di Turki. Kehidupan mereka mula bertelagah sesama sendiri. Bagi abang-abang yang kaya, mereka melupakan adik- adik mereka yang miskin. Bagi adik-adik yang mula belajar hidup berdikari, maka berusahalah mereka membantu adik-adik yang miskin itu semampunya sambil menempelak abang-abang mereka yang mula lupa diri.

Satu hari, semasa keluarga ini berpicnic, seorang adik perempuan mereka telah diculik dan telah dicabul dengan kejam. Perlakuan ini berlaku di depan khemah abang-abang yang kaya ini. Pencabulan si adik itu dilakukan oleh sekumpulan pendatang haram yang suka membuat kacau kehidupan orang lain. Adik-adik yang lemah ini hanya mampu memandang dengan kesayuan. Tetapi si abang-abang hanya melihat dengan keseronokan adik perempuan mereka dicabul kehormatannya di hadapan khemah mereka sendiri.

Tidak lama selepas itu pula, salah seorang adik lelaki mereka pula telah lemas dihanyut ombak. Salah seorang daripada mereka cuba menyelamatkan si adik yang lemas itu tetapi dihalang oleh abang atas alasan, marilah kita bawa berbincang dahulu. Jangan terburu-buru, bahaya!!! Akhirnya, di saat adik perempuan mereka diratah dengan penuh nafsu oleh sekumpulan pendatang haram itu, dan adik lelaki pula hampir kelemasan di tengah lautan, mereka telah duduk berbincang sambil makan makanan yang mewah-mewah dan minuman yang lazat-lazat.

Tajuk persidangan kita hari ini adalah, “Cara-cara menyelamatkan adik perempuan yang dirogol dan adik lelaki yang kelemasan.” Itulah kata si abang sulung selaku pengerusi majlis.

Adik-adik yang lebih muda dengan bersemangat hendak terus bergocoh dengan pendatang-pendatang haram tersebut, dan juga tanpa menghiraukan keselamatan, ingin sahaja terus menyelamatkan adik lelaki mereka yang semakin kelemasan itu. Tetapi dengan tenang si abang-abang berkata,”Inilah orang muda, suka sangat ikut perasaan.”

Cuba sikit hormat orang tua. Kita ambik jalan yang lebih berdiplomasi.” Akhirnya, si abang berjumpa dengan ketua pendatang haram tersebut.

“Ini resolusi kami. Jangan rogol adik kami lagi. Kalau nak sangat tubuh adik kami pun, cuba hentikan rogol tu dulu. Kita buat gencatan nafsu.” Maka mereka pun berbincang. Sambil berbincang itu, pencabulan terhadap adik perempuan itu masih berjalan sambil ditonton oleh adik- beradik yang lain.

Tentang si adik lelaki yang kelemasan, seorang dari mereka cuba mendapatkan bot penyelamat, tapi dihalang oleh abang yang lain.

“Hoi monyet…senyaplah… pengkhianat!” Getus hati si adik yang tidak puas hati kerana bot penyelamat yang ada telah dibocorkan oleh abang-abang mereka.

Akhirnya adik-adik berdarah muda telah diketepikan. Bagi si abang, adik berdarah muda merosakkan keadaan sahaja. Adik-adik muda ada yang dikenakan akta Ikut Suka Aku, dikhatankan buat kali kedua, dirosakkan khemahnya dan pelbagai lagi. Manakala, adik-adik perempuan muda pula ditakut-takutkan akan hilang kehormatannya.

Keadaan semakin genting. Adik-beradik tadi melakukan mesyuarat kononnya tergempar pula. Kali ni mereka agak sepakat. “Kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pendatang haram mencabul adik perempuan kami.”

“Selamatkan adik kami yang kelemasan.”

Tetapi mereka hanya memasang banner di sepanjang pantai tersebut. Dengan harapan, ada orang yang akan membantu mereka. Adik perempuan mereka semakin terus dicabul. Pakaian adik perempuan mereka sudah tidak ada lagi di tubuh. Adik-beradik tadi hanya terus menonton drama cabul mencabul itu dari dekat selepas bermesyuarat yang kononnya tergempar itu.

Adik lelaki mereka pula sekiranya tadi tangannya kelihatan, kini seolah-olah sudah hampir mati. Hanya menunggu malaikat maut datang mengambil nyawa. Lalu, diangkatlah lagi banner “Selamatkanlah adik kami yang kelemasan” setinggi-tingginya dengan harapan ada orang lain yang membantu.

Bila melihat banner itu tidak berkesan. Mereka bermesyuarat lagi lalu mereka mengeluarkan banner yang baru. Yang lebih cantik dan mahal iaitu,”Adik perempuan terus dinodai. Adik lelaki sudah semakin hanyut di tengah lautan”… adik-beradik lain pula terus bermesyuarat dan mesyuarat untuk menghasilkan banner dengan wording yang lebih menarik….

Itulah kisah keluarga besar di satu tempat yang dirahsiakan namanya di planet lain...

catatan :

+ adik perempuan itu bernama Palestin.

+ adik lelaki itu bernama Iraq.

+ abang-abang itu Pengerusi OIC & negara-negara Arab yang kaya raya

+ adik-adik yang senyap itu negara umat Islam yang membangun / mundur.

+ adik-adik yang berdarah muda itu gerakan-gerakan Islam

+ bapa yang mati dibunuh itu Khalifah Uthmaniyah

+ mesyuarat itu pula adalah mesyuarat OIC

+pendatang haram tersebut ialah Yahudi,Amerika Syarikat,Zionis dan sekutunya.

_unknown source_

Saturday, November 13, 2010

hari derma darah tak jadi :((

red blood cell. itu semua orang tahu.


hari ni muet. paper 800/1, 800/3, 800/4. ....
tapi itu bukan ceritanya, cerita utama adalah saya dan beberapa pemudi budiman telah pergi ke masjid sultan abdul samad untuk menderma darah bagi insan-insan yang memerlukan.(pontianak dan drakula, anda dikecualikan, harap maklum)

pada jam 12.30 selepas paper muet yang terakhir, kami beramai-ramai konvoi ke masjid berkenaan dengan niat suci mulus lagi murni untuk menderma darah. kami menuju de dewan bersebelahan masjid untuk tujuan pemeriksaan kesihatan.
(sesak gila!!)saya terkilan kerana tempat yang disediakan agak uzur dari apa yang saya bayangkan.(haha, bukan nak tidur sana pun :)))

ye,ye saya sangat bersemangat sebab BMI saya kekal pada tahap normal 22.9. ngehngeh. then terus ke kaunter derma darah. tiba-tiba ada sorang nurse jerit, (kuat pulak tu!) "siapa yang period takboleh derma darah ye!!", ceh,,aq yang selamba gajah pon tanya,"kalau nak cek darah je boleh tak?" dan beliau yang cun sinis sarkastik tanpa niat yang jahat pun menjawab "kalau nak cek darah sila ke klinik yang berhampiran!"..dalam hati aku, "kedekut gila, berapa sen sangatlah dropper, eldoncard plus chemical solution yang dia guna utk cek darah aku group apa...haha, emo plak"

later, untuk menyejukkan hati aku yang agak kekontangan air dan terlebih darah, aku pergi la merayau-rayau kat gerai yang berdekatan tapi, semua jual ice blended. aiguu, ingat makann ruji orang banting ice blended? jalan-jalan lagi, terjumpa gerai air,makanan. pastu, makan.makan.makan. sampai tenang.

tiba dari bangunan derma darah ada orang menjerit, "nurse, nurse ada orang pengsan!! "adoi, dah macam klinik plak, kesian aq tengok nurse2 kat situ dengan darah terpalit kat tudung putih bersih mereka.
tiba-tiba satu suara muncul" nurse ada orang pengsan kat tepi jalan!!"
aigu.aigu, nurse2 kat situ sume dah gelabah maut da.dan satu lagi, "nurse ada orang macam nak pengsan kat luar" dan lagi," nurse ada orang dah pengsan!!"
haha, kelam kelibut nurse2 kat situ menyelamat dan mengangkat patient tak rasmi. elok2 derma darah, jadi penerima darah balik. serius aq cakap, muka2 budak yang pengsan suma macam vampire ah!! oh, semua yang pengsan tu student matrix.haha. ni kes tak breakfast pagi tadi. yela, cafe mana bukak pkul 7 pagi. nak rushing untuk muet lagi.*sigh*

oleh sebab ramai yang pengsan, dan penderma-penderma budiman yang nak menderma darah semua student matrix, maka nurse kat situ terpaksa menghentikan proses menyedut darah dari penderma budiman. kasihan, niat murni mereka tak kesampaian. last2 nurse tu macam kesian kat student matrx yang keletihan beratur untuk menderma darah membuka kaunter blood transfusion bagi membolehkan mereka mengetahui jenis2 darah yang tersembunyi dalam diri mereka sejak azali.

kemudian, kami semua pulang. oh, hari ni sangat menarik! eh silap, hari ni sangat menarik BAGI SAYA!!

p/s: aq agak stdnt matrx derma darah semata2 nak tau darah jenis apa kot.
saya darah O! kan saya kata, saya penderma budiman!!

Thursday, November 11, 2010

summer time.


oh God,
please give me some idea for this work

Sunday, November 7, 2010

qailulah


Tidur siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya. Di dalam kitab ‘Misykatul Masabih’ disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi: “Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah ada melakukannya.”

Imam Al Ghazali di dalam kitab ‘Ihya Ulumuddin’ telah berkata: “Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum tergelincir matahari untuk solat zohor.”

Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur tengahari. Ia dianggap sebagai sunnah dan bukan sebagai suatu yang keji. Tidurnya hanya sekejap. Tujuannya adalah untuk kesegaran tubuh badan agar dapat dimanfaatkan untuk melaksanakan amal dan ibadah yang berkualiti.

Dewasa ini, berpandukan kajian-kajian saintifik, tidur sekejap di waktu siang (day napping), terutamanya pada waktu tengahari, didapati amat berkesan untuk mempertingkatkan tenaga, tumpuan dan akhirnya produktiviti pekerja-pekerja.

Baru-baru ini satu kajian 25 tahun tentang kesan tidur ke atas negara-negara industri dan pasca-industri telah mendapati bahawa “92.5% pekerja-pekerja yang berkesempatan tidur di waktu tengahari, mempunyai daya kreativiti yang lebih tinggi. Daya kemampuan mereka untuk menyelesaikan masalah juga meningkat. Semua ini pastinya meningkatkan produktiviti.” (Napping News:’Scientific Proof Confirms: Napping Enhances WorkerProductivity,’ from eFuse)

Waktu tengahari merupakan masa yang paling sesuai untuk tidur seketika kerana sistem badan kita memang bersedia untuk memanfaatkan fasa tidur pada waktu itu. Fasa ini disebutkan sebagai ‘a midafternoon quiescent phase’ atau ‘ a secondary sleep gate.’ Di antara tokoh-tokoh yang menggalakkan tidur tengahari ini ialah Dr. William A. Anthony, Ph.D. dan Camille W. Anthony, pengarang buku ‘The Art of Napping at Work.’

Demikian juga yang disebutkan oleh David F. Dinges dan Roger J. Broughton di dalam buku mereka ‘Sleep and Alertness: Chronobiological, Behavioural and Medical Aspects of Napping.’ Dr. James Maas, pakar tidur dari Cornell University juga telah merumuskan bahawa tidur di tengahari sekadar 15-20 minit sudah mencukupi untuk mengembalikan tenaga dan menjaga kesihatan.

Seorang pengkaji yang lain, Donald Greeley, telah mengatakan bahawa tidur tengahari adalah bermanfaat selama mana ianya tidak melebihi satu jam. (Gail Benchener: ‘Parents and Sleep Deprivation,’ Family.com)

Sunnah tidur tengahari yang diajarkan Nabi rupa-rupanya merupakan suatu yang amat saintifik lagi relevan pada hari ini. (Laporan saintifik tentang kelebihan tidur tengahari ke atas produktiviti berdasarkan kajian 25 tahun)

Wallahualam

Dipetik dari islam.sukeri.com

Gambaran Hari Qiamat


✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

sumber: Amar Sufi

Saturday, November 6, 2010

sem baru

credit to forbidik

esok semester baru.
semangat baru.
azam baru.

jangan malas-malas lagi.
jangan main-main lagi.

p/s: this post might be the last post for this year or this month or this day. or this hour.haha
huhu. happy birthday mye

Thursday, November 4, 2010

Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra, Rasulullah Saw bersabda: *Pada hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama 'Huraisy' berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi. Malaikat Jibril bertanya : 'Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?'

Huraisy pun menjawab, 'Aku mau mencari lima orang:

' Pertama, orang yang meninggalkan sholat

Kedua, orang yang tidak mau keluarkan zakat.

Ketiga, orang yang durhaka kepada ibu dan bapaknya.

Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.

Kelima, orang yang suka minum arak.

midley post

bismillahirrahmanirrahim.

tiap manusia pasti akan terdorong kepada fitrah asalnya.

pasti. dan amat pasti.
contohnya macam fitrah berTuhan,
manusia bila dalam kesusahan, pasti meminta pertolongan kepada Tuhan.
walau manusia itu ateis sekalipun, pasti.

hum, aku tak pandai nak bagi ceramah, tazkirah, peringatan, etc,

tapi ini melibatkan diri aku,
diri aku dan Tuhan aku.

chop, apa yang aku cuba sampaikan ni?

there's nothing. actually nothing.
i've none idea to perform.
and i feel lost. lost from whatever i believe before.

ini cerita hati,

hati manusia yang kotor,
tolong jangan dekati dia,
tapi tolong dia, dia sedang sakit.
sakit yang teramat sangat.
hingga menahan air mata yang mengalir.
terukkan?

Monday, November 1, 2010

SEDAP!!

sape jumpa tolong belikan.

emo


seorang anak bertanya kepada bapanya,

"ayah, tu apa?,"

bapanya menjawab,

"itu emosi ibu kamu."

Sunday, October 31, 2010

sgt COOL~


credit>>maisarah sofea

dan.dan untuk kali yang keberapa kali.

headphone itu, sangat menarik dan cool!~

dan.dan i want it!



dear kak umai~

masih ku ingat,
saat-saat gembira kami bersama,
melayang, terbang bersama,
kena saman, kena tahan bersama,
hujan, panas, becak, debu.
tapi, itu semua tinggal kenangan,
kami terpisah tanpa alasan,
sayang, masih ingatkah dikau padaku?
ah, kau sudah punya teman baru,
sudah lupakan aku.:'((

martial art





tadi, aku berangan.


aku belasah seorang pencuri dalam bas.


alangkah gembiranya saat itu.

bas


esok nak jalan2 dgn aishah.

naik bas,

ulang semula,

naik bas!

dah lama tak naik bas awam.

tambang bas pun dah lupa .

Saturday, October 30, 2010

kelantan FA


kelantan hebat malam tadi, TAHNIAH!!
tapi aku tak tengok, mak aku yang cakap.
(mak aq yang xminat sukang pong buleh suko demo)

hibernate


malam tadi tak tidur.
siang pun tak tidur.
esok?

Friday, October 29, 2010

deep of my heart

aku tidak mengerti apa itu patah hati
aku tidak mengerti apa itu kasih
aku tidak mengerti perasaan hati.
jadi, tolong,
tolong jangan buat aku merasa itu semua.
aku takut

pagi




aku manusia, punya cita-cita.

setinggi mana cita-cita aku.

dongaklah ke langit, jika kau mampu menggapainya,

itulah cita-citaku.

supper

Bismillahirrahmanirrahim

dah lama sangat tak update blog. disebabkan takde masa dan takde sambungan internet, terpaksalah aku men'delay' utk update blog.
oh, tujuan aku letak gambar muka depan buku 'Maaf Dari Surga' dari Faisal Tehrani, bukanlah untuk menceritakan isi kandungan buku jauh sekali mengkritik tetapi, cuma nak bagi tahu buku apa yg aku tgh baca sekarang.
ni sahaja untuk post kali ini. salam^^

Saturday, September 18, 2010

bawah bumbung KMS

lapar.belum lunch.lapar.
diya pegi open house, tinggalkan aq sensorg dalam bilik.
nasib baik ada mira^^

semalam join maen basketball.
(thnx diya ajar main)pergh,gian kot!
yang lawaknya, bila dapat bola mesti stuck
sebab sebelum ni dalam rules netball
bila dapat bola tak boleh bergerak(gerak kaki).
kalau shot takde problem sangt(hehe).

lepas main, lepak dgn diya bawah kipas.
borak2 pasal masa depan.
masa tu muncul topik
'benarkah wanita muslimah tak boleh aktif dalam koku?'
hmm. kene bincangkan lagi
bawa ke meja bulat
mesti panjang perbincangan ni nanti



Thursday, September 16, 2010

a FACT

nickhun❤ ♡ ❤ ღ cannot be with victoria. he's suppose to be with me!(^^^)

puisi sang pengemis hidup

sejenak aku terfikir,
adakah selama ini aku telah membuat keputusan yang tepat?
adakah selama ini perbuatan yang aku lakukan semua benar?..

aku berfikir kembali,
kenapa aku berfikiran begini?.
hadir satu jawapan yang pasti.
kerana, aku tidak mahu gagal dalam hidup,
aku tak mahu tersungkur di bahu jalan.,
melihat semua manusia berlari pantas,
meninggalkan aku terkapai2 seorang diri.

api, api..ya, aku perlukan api sebagai pembakar semangat.
membakar segala anasir-anasir jahat.
aku perlukan cahaya bagi melorong ke jalan hakiki.
aku pandang ke depan, jauh..
sangat jauh.
perjalanan aku masih jauh.
muncul satu perasaan bersama suara,
"kalau kau berjalan dari minggu lepas pun tak mungkin kau akan sampai!"

aHHHH,
batinku menjerit.
gemanya kedengaran.
aku letih, penat. terasa bosan.

selama ini,
aku takut mencuba,
takut untuk gagal,
takut untuk berhadapan dengan risiko.
takut untuk berhadapan dengan diri sendiri.
berselindung di balik bayang-bayang sendiri.
menggigil di bawah selimut ketakutan.

____end____

Monday, July 5, 2010

salah masa.





jangan hiraukan title.
..............T.T............

wargh, lab report physic xsiap lagi, menyesal tak ambil copy lab report dari rumah...
*heesh*

life kat sini bagus, kadang-kala jadi gila,
kadang-kala jadi gula.
tengok mood dan inspection method yang kita guna.
kalau parallelogram method,
maknanya resultant force kene accurate la,
kalau tak, habislah value da rosak,

lain pulak kalau guna cosine rule,
rasanya lagi tepat kot.
sebab formula xkan bagi jawapan yang salah melainkan
human error.

kalau nak di'compare' dua2 method dan rule ni, nilai yang kita dapat lebih kurang sama je.
sebb tends to accurate, lainla kalau guna experimental values.

maaf, rojak bahasa.

sambung lagi, kalau macam tu,,|P|+|Q|=|P+Q|
is equal or vice versa?
xfaham apa2 ke? xpe aq bagi table..alamak,
table kene block,
scribd ada kot..
................
scribd pon kene block!!

okay,,the conclusion is,
life in this matriculation makes me crazy~

_THE END_

Saturday, June 12, 2010

1st post in KMS

aku bukan penulis.
aku bukan pelukis,
aku bukan pereka,

*sambil tengok budak hayat buat model DNA guna straw*

aku kat bilik studi, gian on9 sampai pagi. tiba2 teringat ustz. Maznah cakap,
kat matrx xde leisure time. oh. release stress jap.

sebulan aku kat matrx selangor,
dalam sebulan jugaklah aq belajar apa itu indie.
apa itu ikat perut.
mana kawan yang baik. mana makanan yang murah.
mana port lepak yang cantik. so far so good.

matrx bagi aq, siapa cepat dia dapat, siapa tekun dia lebih hebat.
buat masa ni, aku masih rindu rumah. tapi bukan homesick.*sikitla*

math tutor belum siap! chow mar

hijau daun

suara dengarkanlah aku,
apa khabarnya pujaan hatiku,
aku disini menunggunya,
masih berharap di dalam hatinya..
..T.T..
lagi seminggu je mardhiah. only a week. wargh, nape sedih ni?? nak balik rumah. nak jumpa wan......
tarik nafas.hurmm,hahh~
okeh..

Saturday, May 1, 2010

tiada mood

dan selalunya, idea akan mencurah bagai KTM menuju ke stesen Gemas.
(ada org tanya kenapa Gemas? sebab dekat ngan rumah mak mertua!)
tapi tu bila kat luar, bukan depan monitor.
story sket, time aq jemur baju aq teringat nak post something,
dan bila masuk rumah,
hampeh,
mood tiba2 pasang sayap dan terbang ke syiling.
lalu hilang dan itulah yang dinamakan tiada mood

ada banyak sebab kenapa tiada mood.
meh aq bagi fakta tak diiktiraf.
antara sebab-sebabnya:-
  1. nenek streamyx semakin uzur.
  2. xdapat test JPJ lagi walaupun start driving class 8/2/2010
  3. kurang sosial dalam usrah
  4. lupa tengok halaqah
  5. lalai dengan kakak fesbuk
  6. bf jatuhkan talaq
  7. adik angkat pegi angkat kakak lain
  8. kucing beranak sekor je(harap perut je besar)
cukupla tuh,,*da penat fkir idea kurg moral*
mungkin ni post paling panjang bulan ni kot?
komputer makin lama makin hang la,
takde kaitan dgn sebb diatas
harap maklum
*peace*
untuk senyuman gigi besi!

layak ke?


terjauh plak gamba nih.
"maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?"
ar-rahman





Tuesday, April 27, 2010

taging tag

bekas kekasih saya ialah
basikal racing yang menyerupai basikal tua

saya sedangg mendengar
bunyi cengkerik+kipas

mungkinn saya pat0t
tidur sekarang

saya suka
full inbox

sahabatsahabat baik saya
kawan2 saya

saya tak faham
kenapa ramai suka pakai tudung jarang

saya kehilangan
masa lalu

ramai yang berkata
upu klua 1 mei

makna nama saya
orang yang diredhai. (aminn)

cinta itu adalah
suci

di suatu tempat ses0rangg sedang
on9

saya akan cuba
menjadi engineer manufacture yang berwibawa

ayat selamanya membawa maksud
abadi

telef0n bimbit saya
J105i

bila saya terjaga dari tidur
solat2

saya palingg meluat bila
gedik menyelubungi diri manusi

pesta atau parti adalah
gatherin' between fren, family, etc

haiwan yang palingg c0mell penah saya jumpe
dr. lintah

peringkat um0r yangg paling menyer0nokkan
semua peringkat..'U'

hari ini
lawatan dawama

malam ini saya akan
tidur awal

es0k pula saya akan
bangun awal

saya bet0lbet0l ingin
jadi rajin. macam khadijah.haha

ketika anda melihat wajah anda di cermin pagi ini
alhamdulillah, masih comel

pergi belibelah ataw arked permainan
takde pilihan lain ke? kursus kawen ke?

makanan barat ataw jepun
char kuew teow

makanan segera ialah
segera mati

bilik yang terang ataw gelap?
terang

ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang
okay, japgi madya kunci pintu

siapa yangg anda mahu tag?

taging tag

1. Go to your photo files, select the 8th photo folder.
2. Select the 8th photo in that folder.
3. Post that photo along with the story behind it.
4. Then challenge 8 blogging friend to do the same.


thnxy yah, miss wardah
tempat: KEMAS
masa: 10.30 am

nama kucing ni Hasyim, sempena nama anak pengerusi KEMAS.
kucing ni berkemaluan jantan dan turut bersuara(mengiau) garau.
ala2 kucing matang.
setiap pagi dan petang Hasyim akan mengiau sambil mengelilingi bengkel.
beliau akan cuba menakutkan makcik2 juga gadis2 tanpa niat dengan
berjalan tanpa tujuan dan merempuh kaki2 pelajar KEMAS
dengan sesuka hati.
refleksi dari pelajar , sama ada mereka melatah, mengucap panjang,
membaca al-Fatihah, atau tindakan spontan mencampakkan Hasyim ke syiling bengkel.
poor hasyim.
.
.
.
tag ini saya serahkan kepada mereka:
senior mye,
senior khalies
senior nabilahh
senior diyanah
senior aishah
senior fauzany
senior fazyra
senior nad
senior naeila
senior dinasour
senior mouse

Monday, April 26, 2010

lintang


anak nelayan itu,
hangus baunya
gelap mukanya
comot rupanya

anak nelayan itu,
berperang dengan masa,
menuju ke teratak ilmu
mengayuh basikal tua

anak nelayan itu,
luar biasa sekali,
akalnya cair umpama lava yang mengalir
secerdas little einstain

impiannya satu
mengubah nasib keluarga
menjadi secerah mentari
setiap hari berusaha, dan usaha

namun, tiang hidupnya
tiba2 saja runtuh
menjadikan impiannya roboh
bintang citanya runtuh

lintang-laskar pelangi
tabahnya hatimu

.........................................................................




Saturday, April 24, 2010

..


no feeling.

current mode: laskar pelangi

Monday, April 19, 2010

atm



bayangkan, mesin atm yg penuh duit ni.
milik aku.


ah.abaikan.

Sunday, April 18, 2010

SC-Taifiqurrahman al-Azizy


inilah novel paling lama aku baca.
dalam jangkamasa 3 minggu.
adui.
memanglah bagus.
islamic version style
tapi mazhab xsama dengan mazhab kat sini.
tak silap aq mazhab maliki kot dia pakai.

contoh: hukum mengambil gambar itu haram,
sebab lebih kurang hukum dengan melukis makhluk Allah.

jalan cerita pulak bagi aku berat,
walaupun pengulas novel ni kata ni novel santai.
adakala membuka lorong pemikiran baru.
oho.tidaklah mandul minda.

next novel>>




KMS

syukur dapat peluang belajar.
ohoho.

matrx selangor.baru uh.
korg suma matrx usang.
aha
(maaf,nak sedapkan hati je.cuak gak mtrx baru)

KMS takde logo lagi kan?
biar aq uruskan.
akanku ilhamkan wajahku
di dalam logo KMS.
lepas ni, pastilah berdedai-dedai
lepasan spm nak apply KMS.
ahahahai~
terbaeklah!


oh ya, award.(lagi) haha, suka2 bagi la banyak2.(tapi jangan yg sama)

  • And the rules after accepting this award are :
  • thank and link the person that give you the award.
  • pass this award to 15 bloggers you've recently discored.
  • contact said blogs and let them know they have won the award.
  • state 7 things about yourself.

thanx to miss aishah and pakcik wan for the award.hoho

kepada silent reader. tahniah anda sudah di tag.terima kasih

-nama mardhiah
-anak ke-3 dari 7 beradik
-kakak yang ganster
-pandai buat baju kurung. woha!
-guna line streamyx yang kenkadang slow
-rindu nak lepak ngan mye.aiyoo
-iron lady(sebab kene gosok baju adek2 tiap2 hari ahad,aha)

Friday, April 16, 2010

masihkah aku?


aku masih menanti
menanti sebuah kepastian
*ini bukan lakonan*
adakah ruang masih
berpihak padaku?

hari-hariku
masih seperti semalam
minumku pakaiku
masih ku ulang-ulang
rutinku masih begitu
begitu

aku bukan manusia
sehebat kalian
kerana kesilapan lalu
antara kalian dan aku
wujud tembok pemisah
menjadikan aku
bawah dan terus
kebawah

pabila secebis cahaya
terbit di celah-celah
bayang yang gelap
akanku kejar walau
cahayanya kelam
sekelam gelap hari tanpa mentari

mentari itu kamu
bintang itu aku.

dan gapailah aku