Tuesday, January 21, 2014

koi

Assalamualaikum :D

arrr.. sudah lama hamba tidak menjengah ke blog sendiri.  sebenarnya hamba ada banyak kerja perlu dilakukan, tetapi hamba terus menaip dan menaip sambil memikirkan bagaimana mahu menyiapkan kerja tanpa menyentuh sedikit pun. ehe. itu magis. nope, itu pemalas titik. ehe

apa point hamba menulis? sebenarnya, kebelakangan ini, hamba sedang mengalami proses perkembangan omputih panggil growth in term of psikologi. hamba pun tidak berapa mengerti dalam penamaan terma-terma. hamba katakan sahaja perkembangan psikologi.

perkembangan yang hamba maksudkan adalah umur. hamba sudah 22 tahun. yah, 22 tahun. nais number yeah i know. sudah semakin berumur semakin banyak yang hamba perlu fikirkan. biasalah makin banyak tanggungjawab yang perlu dipikul. haha, cakap sepertinya sudah lama bekerja dan tanggung anak bini. ehe, anak laki.

sebelum hamba masuk utm hinggalah ke tahun akhir (inshaAllah) hamba dapat rasakan perspektif pandangan hamba dan juga cara pikiran hamba sudah semakin berkembang. sudah semakin varieties, benarkah varieties? makin banyak la banyak. bukan banyak. emm, makin matured? selari dengan umur 22. hamba malu nak menggunakan perkataan matured. takut tidak layak.

apa hamba mahu bebelkan ini? hamba pun kurang pasti. kalau mahu diceritakan di sini sepertinya tidak akan habis. yang pastinya hamba mahu mem'bold'kan bahawa di sini hamba banyak sangat berpikir. ya pakat mikir ini bagus ya, pikir itu, pikir bagaimana mahu menyelesaikan problem itu, mikir gmana caranya nyelesain perkara itu ini.

tapi ya, pakat mikir saja teda guna. action nya teda. beda sekali ya orang yang mikir terus ada action dengan orang yang mikiran terus ngak ada buat apa. waduh, ngapain bahasanya sudah ke arah indonesia raya ini? oho, tapi hamba baru saja menonton Sang Pemimpi, dari novel Andrea Hirata. penulis fav hamba tu. jalan cerita boleh hamba katakan sangat menarik. jangan takut untuk bermimpi. bermimpilah untuk terus hidup dan jangan takut unutk bermimpi. dengan mimpi membuatkan kita bertambah api semangat.

......

oh, pening. serabut. kbye.

Monday, June 24, 2013

3:29


Katakanlah (wahai Muhammad), "Jika kamu menyembunyikan apa yang ada dalam dada kamu atau kamu mendedahkannya, pasti Allah mengetahuinya. Dia mengetahui segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Sunday, June 23, 2013